RSS Suria

Lelaki naik angin dah 2 kali jiran buat hal, terbaharu biarkan anak berak tepi kereta!

MEMPUNYAI jiran yang baik dan memahami merupakan satu rezeki yang tidak disedari ramai.

Walaupun tidak tinggal sebumbung, tetapi kerenah jiran yang jelik pastinya menguji kesabaran seseorang.

Tular di laman X. rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kereta milik seorang penduduk di sekitar Sungai Petani, Kedah menjadi mangsa vandalisme.

Najis yang ditinggalkan seorang kanak-kanak.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang remaja berlegar-legar berhampiran kereta pengadu sambil ditemani lelaki dewasa, dipercayai bapanya sebelum bertindak membuang air besar di sebelah kenderaan berkenaan.

“Hari ni ada anak jiran datang ‘membuang’ tepi kereta saya. Ini kejadian kali kedua yang melibatkan kereta saya, sebelum ni anak dia tu pergi pecahkan cermin kereta.

“Selepas saya tanya-tanya, baru tahu budak tu rupanya ada masalah berkaitan kesihatan mental. Tapi bapanya pun satu hal, dah tahu anak perangai tak semenggah, pantau la dengan sebaiknya, ini main lepas je. Angin betul la.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran parkir ‘block’ laluan masuk buat-buat pekak, hon banyak kali pun tak dengar! – “Lepas tu keluar buat mukaâ€

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu geram anak dituduh menconteng, sanggup beli dan cat semula dinding rumah jiran! Tapi usaha tak dihargai, malah kena gelak

“Sekarang saya tengah fikir nak ambil tindakan macam mana, tak boleh terima penganiayaan macam ni, makin naik lemak. Saya dah WhatsApp bapa budak tu bagi video CCTV ni, tapi tak berbalas.

“Saya cakap sekali dalam mesej, kalau tak alihkan najis tu sebelum petang ni, saya akan ambil tindakan selanjutnya,” kata penduduk itu hilang sabar.

Tambahnya lagi, dia pernah berdepan dengan bapa kanak-kanak tersebut tetapi tidak mendapat kerjasama yang baik.

Dalam kes ni susah nak bantu, sebab kereta parkir dekat luar, kawasan tanah awam, bukannya persendirian.

WARGA MAYA

“Yang waktu anak dia pecahkan cermin kereta, saya pergi cari bapa dia sampai dapat, tapi bila tanya tak mengaku pula. Lepas saya tunjuk rakaman CCTV, baru bapa tu bagi penjelasan anak tak sihat dan sebagainya.

“Saya tak marah budak tu sebab saya faham keadaan dia, tapi saya geram apabila mengenangkan bapa dia lepas tangan,” katanya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menasihati penduduk tersebut untuk meletakkan kereta di bahagian dalam rumah.

Sebahagian warga maya berkongsi pandangan.

“Dalam kes ni susah nak bantu, sebab kereta parkir dekat luar, kawasan tanah awam, bukannya persendirian. Selagi benda tu tak mencederakan atau mendatangkan bahaya, susah nak ambil tindakan undang-undang.

“Kalau ada ruang lagi di beranda, lebih baik parkir kereta dalam rumah, lebih selamat. Kalau budak tu masih kacau kereta walaupun dah dalam rumah, itu boleh bawa ke balai polis.

“Kesian juga dekat bapa budak tu, nampak macam dah berumur. Penat sebenarnya nak jaga anak-anak istimewa ni, bukannya mereka minta untuk dilahirkan dengan cahaya mata sebegitu. Harap dapat saling bertolak ansur,” kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top