RSS Suria

Lelaki ‘resign’, mahu hidup ditanggung isteri dan anak-anak bergaji kecil… Dinasihat cari kerja, terus keluar grup WhatsApp famili

MENYAKSIKAN kehidupan ibu dan bapayang masih menanggungpelbagai komitmenhutang sehingga mengalami masalah kewanganmembuatkan wanita ini cuba untuk membantu.

Namun hajatnyatidak kesampaian apabila dia turut berdepansituasi sukar selepas melakukan pinjaman pembelian kenderaan untuk kegunaan peribadi.

Berkongsi cerita di media sosial, ujar wanita ini, dia pada awalnya mempunyai sebuah kereta yang dibeli pada tahun 2020 dengan kadar bayaran RM490, sebulan.

“Tahun 2022 bagi kereta tu dekat mak ayah sebab mereka tiada kereta tapi minta diaorang sambung bayar sebab saya dah ada komitmen satu lagi kereta.

Setiap individu mengimpikan kehidupan yang harmoni bersama keluarganya. -Gambar hiasan

Setiap individu mengimpikan kehidupanharmoni bersama keluarga. -Gambar hiasan

“Bermulatahun lepas (2024) ayah tak kerja, harapkan mak sahaja. Kemudian kereta tu pun mula sangkut kejap bayar kejap tak sempat bayar sebab semua bil harapkan gaji mak saya.

“Mulanya saya tolong juga bayar, tapi lama-lama asyik guna duit saya dulu, kalau mak ada duit dia bayar… kalau tak, sayalah kena bayar,” luahnya.

Bebanan mula dirasai apabila dia juga terpaksa menanggung cukai jalan kereta berkenaan meskipun tidak menggunakannya lagi.

Malah katanya, bayaran terpaksa dibuat menggunakan kaedah ‘beli dahulu, bayar kemudian’ menerusiaplikasi e-dagang terkemuka.

ARTIKEL BERKAITAN:Dulu asyik terima bantuan, keluarga ini hanya ambil masa 2 tahun untuk tidak terus miskin- “Modal tak seberapa, mereka mampu bangkit”

ARTIKEL BERKAITAN:Mak masuk ‘side’ adik, sokong perangai munafik tak bayar hutang! Abang menyesal tolong buat ‘loan’ kahwin, hari-hari dikejar bank

“Sekarang ni benda ni dah jadi macam beban dekat saya, sebab saya ada lagi kereta nak kena bayar.

“Saya pun ada keluarga sendiri, ada anak,” tambahnya, yang cuba mencari jalan penyelesaian.

Pernah menyuarakan tentang bebanan kewangan yang ditanggung dan menegur bapanya, wanita ini berkata penyelesaian yang diharapkan berlaku.

Bahkan bapanya merajuk dan terus keluar dari grup WhatsApp keluarga.

Kalau mampu, anggaplah itu amal jariah untuk parent dan keluarga.

WARGA MAYA

“Apabila saya suarakan perkara ni dan suruh ayah cari kerja ringan-ringan untuk tampung belanja rumah, ayah pula jenis tak boleh ditegur.

“Terus left group WhatsApp famili,” ujarnya yang kesal dengan tindakan bapanya itu.

Susulan itu dia cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya sama ada perlu menjual kereta yang digunakan ibu bapanya atau tidak.

“Patut tak saya jual kereta tu? Sebab saya kesian dengan mak, saya dah tolong bayarkan separuh untuk kereta pun dia tak boleh nak support separuh lagi.

Selain memberi pandangan, terdapat warga maya yang menyalahkan bapanya kerana tidak bertanggungjawab.

Selain memberi pandangan, terdapat warga maya yang menyalahkan bapanya kerana tidak bertanggungjawab.

“Banyak perkara lain dia nak bayar. Nanti nak servis lagi. Pakai kereta banyak pakai modal dan sekarang sayalah yang menanggung,” tambahnya cuba mendapatkan pandangan.

Malah katanya, adik beradik yang lain juga sudah membantu namun tidak mampu menanggung segala komitmen bulanan ibu dan bapanya.

“Adik kedua jadi suri rumah, yang ketiga dah tolong bayar utiliti dan bongsu masih belajar,” ujarnya berkongsi perihal adik beradik.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Malah ada yang mengecam bapanya kerana seolah-olah lepas tangan dan tidak bertanggungjawab menafkahi keluarga.

Refinance kalau masih nak bantu keluarga guna kereta tu, tapi kesannya loan makin lama. Kereta dah buruk tapi loan masih belum langsai dan kalau dah menyusahkan, jual saja.

“Kalau mampu, anggaplah itu amal jariah untuk parent dan keluarga. Semoga Allah melapangkan urusan dan meluaskan rezeki asbab berbakti pada ibu bapa dan memudahkan urusan mereka.

“Kenapa kena guilt-trip anak yang tersepit dengan desakan kewangan hidup sedangkan ayahnya yang tak menjadi suami bertanggungjawab? Si anak suruh ayahnya pergi cari kerja ringan-ringan tolong tampung belanja rumah, maksudnya ayahnya bukan disabled,” demikian pandanganwargamaya.

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策
Scroll to Top