KEPERLUAN anak isteri tidak pernah dipenuhi namun suami sanggup berhabis duit belikan kereta baharu untuk ayahnya.
Hal itu dikongsikan seorang wanita yang kecewa apabila suaminya lebih mengutamakan keluarga sendiri berbanding anak-anak dan dia sebagai isteri.
“Suami ada belikan kereta Perodua Bezza untuk bapadia. Saya tak setuju sebab nafkah untuk anak isteri pun tak ada.
Suami perlu mengutamakan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding keluarga. -Gambar hiasan.
“Dia belikan juga. Saya memang tak reda,” ujar wanita itu memulakan ceritanya dalam satu perkongsian di media sosial.
Namun tanpa diduga,Perodua Bezza berkenaan terlibat dalam kemalangan.
Bagaimanapuninsiden itu bukan pengajaran untuk si bapa, malah ia dijadikan alasan mentuanyameminta sesuatu yang lebih.
“Kali ini bapa mentua saya ‘bodek’ suami saya suruh belikan dia Perodua Ativa pula dengan alasan kereta lama tu dah dua kali terlibat kemalangan.
ARTIKEL BERKAITAN:Suami gaji rendah biar isteri tanggung famili, RM1 pun berkira… Duit MySara bagi ibu, tiap bulan hulur wang belanja
ARTIKEL BERKAITAN:Bini kedua kesal dianggap perempuan simpanan versi halal… Hidup terabai, suami lebihkan isteri pertama
“Duit tak ada tapi berlagak kaya. Saya pun tak faham perangai orang macam ni.
“Suami ada cakap saya ni sebagai isteri hanya orang luar. Dia lagi lebihkan keluarga dia.
“Tak pasti dia cakap dalam marah atau tak suka. Sedih,hari-hari berdoa moga Allah tunjuk jalan yang terbaik,” ujarnya.
Tambah pengadu dia cukup kecewa apabila suaminya tergamak mengabaikan isteri dan anak-anak sendiri demi memenuhi keperluan orang tuanya.
Bukan tak boleh belikan kereta untuk bapa tapi ikut la kemampuan poket.
NETIZEN
“Tak tahu nak mengamuk macam mana dah. Saya geram dengan famili dia tu sebab tahu kelemahan suami saya macam mana.
“Suami pula kerja macam tak kerja. Hari-hari merungut tak ada duit. Tapi tak boleh dengar mak ayah merungut, terus bagi duit walaupun tak ada.
“Apabila sayacakap dengan suami keperluan anak dan lain-lain belum beli dan bayar dan perlukan duit… dia maki saya,” katanya.
Perkongsian wanita ini mengenai rumah tangganya ternyatamendapat simpati warga maya.
Komen netizen di media sosial.
Malah, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakanlelaki berkenaan mengabaikan keperluan keluarga sendiri.
“Bagus dia sayang mak ayah. Sekarang ramai anak lelaki abaikan ibu bapa. Cuma tu la, hak isteri pula terabai.
“Utamakan nafkah isteri dan anak-anak dulu. Entah apa la suami sis ni. Dah kahwin boleh pula culas tanggungjawab. Macam tu tak payah kahwin lain kali.
“Simpati dengan kamu. Sepatutnya suami bagi nafkah secukupnya untuk isteri. Bukan tak boleh belikan kereta untuk bapa tapi ikut la kemampuan poket,” komen beberapa netizen.