MEREKA yang berniaga tak kira secara kecil-kecilan ataupun berskala besar sentiasa berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.
Meskipun sudah biasa, namun kadang-kala ia meletihkan terutama ketika melayani pelanggan yang cerewet dan gemar meminta diskaun.
Berkongsi kejadian yang baru berlaku, seorang penjual goreng pisang terkejut apabila pelanggannya mempertikaikan kuantiti yang diperoleh.
Walhal dia telah memaklumkannya sebelum pelanggan lelaki itu bersetuju untuk membeli.
Kehendak pelanggan adalah keutamaan bagi golongan peniaga. -Gambar hiasan AI
“Aku dah cakap tiga keping RM1 lepas dia tanya kira macam mana dan dia pun minta RM2.
“Masa tu dia minta nak rasa dua keping pisang goreng dan aku pun bagi kebenaran sambil bungkuskan tujuh keping lagi,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Menurut pengadu, sejurus selepas dia menyerahkan bungkusan berisi pisang goreng berkenaan, pelanggan terbabit tiba-tiba mempersoalkan kuantiti yang diberi.
Malah dengan mimik muka tidak puas hati, pelanggan terbabit menyatakan bilangan yang diberikan sedikit.
ARTIKEL BERKAITAN: Suruh kacau gula dianggap kurang ajar, esoknya dapat surat amaran! Staf pandu lalu ‘resign’, serik kerja hadap pelanggan
ARTIKEL BERKAITAN: Seram dapat ‘order’ pelanggan ‘perfectionist’! Pembuat kek anxiety, sukar tidur malam… Banyak komen tapi makan habis
“Dia tanya ada berapa dalam tu, kenapa sikit sangat sambil buka dan letak balik plastik depan aku… macam tak puas hati.
“Aku pun capai plastik tu dan kira semula depan dia satu per satu dan cakap ada tujuh keping.
“Tapi dia masih cakap sedikit. Aku pun terangkan sekali lagi yang pisang goreng tu dijual tiga keping RM1.
“Masa tu juga aku cakap yang dia dah makan dua keping dan aku bagi lebih sekeping dalam bungkusan tu,” tambahnya lagi.
Tak pernah lagi seumur hidup saya minta rasa pisang goreng.
WARGA MAYA
Pengadu turut menyatakan total kerugian dia adalah RM1 kerana bilangan pisang goreng yang diberikan kepada pelanggannya itu adalah tiga keping.
Beranggapan isu tersebut tidak dipanjangkan, dia tidak menyangka pelanggan terbabit secara sinis menyatakan dia menjual pada kadar yang mahal.
Dakwanya, individu terbabit menyatakan ‘cepatlah kau pergi haji’ berikutan kos mengerjakan haji adalah mahal dan untuk mereka yang berkemampuan sahaja.
Warga maya turut meluahkan kehairanan dengan sikap pelanggan terbabit.
“Mujur anak perempuan dia ucap maaf dan mereka berdua berlalu sambil membebel antara satu sama lain,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai bersimpati dengan nasib penjual goreng pisang ini kerana mendapat pelanggan yang kedekut dan gemar mempertikaikan.
“Tak pernah lagi seumur hidup saya minta rasa pisang goreng. Nak sangat rasa, rasa yang dalam plastik kita beli tu.
“Nak rasa tapi sampai dua keping, sekeping je tak boleh ke? Dah la kedekut.
“Kalau peniaga tepi jalan, semuanya dirungut tapi jenama mewah dipuji pula walaupun mahal.
“Beli RM2 tapi siap rasa… tak halal baru tahu,” demikian reaksi warga maya.