NIKMAT dan rezeki apabila dikurniakan ibu mentua yang penyayang dan pemurah perlu disyukuri seadanya.
Lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini di mana ramai menzahirkan rasa tidak serasi dengan keluarga mertua masing-masing menerusi media sosial.
Seorang wanita berkongsi kisah manis mengenai hubungan akrab bersama ibu mentua selain turut menerima pelbagai hadiah istimewa sejak awal perkahwinan.
Krisis antara menantu dan mentua banyak diluahkan di media sosial. -Gambar hiasan
Dalam hantaran dibuat Hikmah Isehak, wanita tersebut menunjukkan hadiah berupa seutas gelang emas seberat 9.9 gram diterimanya tidak lama selepas tamat tempoh berpantang.
“Mak mertua kasi hadiah gelang yang kedua. Yang pertama masa awal kahwin, itu pun surprise. Kali ni, mak suruh pilih sendiri,” tulisnya dalam perkongsian itu.
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai yang tertanya-tanya bagaimana hubungan mereka begitu baik sebagai mentua dan menantu.
ARTIKEL BERKAITAN:Mentua buang kuih raya air tangan menantu, habis 6 balang tabur belakang rumah – “Biskut macam ni bagi itik jelah!”
ARTIKEL BERKAITAN:Menantu mengidam nasi minyak, mentua tak reti masak! Sudahnya minta daripada tuan rumah buat ‘open house’, hantar tengah malam
Biarpun mengakui dia tidak mahir memasak, wanita ini percaya layanan mesra serta usaha kecil membuatkan hati ibu mentuanya terpaut.
“Saya tak pandai masak… tapi mungkin sebab saya pandai layan mak danboleh ajak berbual. Belikan air ikat tepi pun mak dah happy,” katanya jujur.
Tambah wanita berkenaan, sikap dan pekerti baik mentuanya turut dizahirkan kepada cucunya yang baru lahir.
Jelasnya ibu mentua menghadiahkan wang tunai untuk dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji sebagai permulaan simpanan masa depan.
Mak memang layan menantusama macam layan anak sendiri… kadang lebih lagi.
HIKMAH ISEHAK
“Dulu mak cakap kalau cucu lelaki nak kasi duit tunai, kalau cucu perempuan nak belikan emas. Sekali mummyyang dapat emas.
“Terima kasih mak sebab daripada awal saya bercinta (dengan suami) sampai sekarang sayang kita macam anak sendiri. Ni la mak mentua yang selalu panggil kita cantik.
“Setiap kali jumpa, setiap kali itu la ‘kembang’ dipuji,” ujarnya secara berseloroh.
Wanita itu turut menjelaskan bahawa suaminya merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga dan ibunya tidak mempunyai anak perempuan.
Antara komen netizen pada hantaran asal.
Maka tidak hairanlah sekiranya ibu mentua melayan menantunya dengan penuh kasih sayang, malah adakalanya melebihi layanan terhadap anak sendiri.
“Suami pun mampu sebab gaji dia tiga kali ganda lebih daripada saya. Dia dah mewahkan saya macam-macam. Tapi kes saya ni, mak tak ada anak perempuan.
“Jadinya mak memang layan menantusama macam layan anak sendiri. Kadang lebih lagi,” jelasnya lagi.