TINGGAL dalam rumah sendiri pun tak selamat!
Kedengaran seperti tak masuk akal, namun begitulah yang terjadi kepada seorang gadis yang ketakutan tatkala berhadapan dengan pekerja servis penghantar makanan.
Sebagai pelanggan yang sering menggunakan khidmat berkenaan, kebiasaannya dia akan meletakkan nota atau peringatan kepada mereka yang ditugaskan membuat penghantaran ke rumahnya.
Penghantar makanan menghantar pesana ke rumah pelanggan. -Gambar hiasan
Tanpa mendedahkan lokasi kediaman, dia bagaimanapun memaklumkan rumahnya tidak mempunyai pagar dan terletak di kawasan kejiranan.
“Sudah dua kali aku terkena dengan rider (penghantar makanan) yang aku rasa tak selamat sebab biasanya aku akan suruh letak makanan depan pintu rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Rider tercegat depan pintu, siap tekan loceng 2 kali… Rupanya tunggu pelanggan hulur duit makan, paling penting nak tunai
ARTIKEL BERKAITAN: Rider selamba batal order pelanggan RM129, tauke bengang kedai makan dikata tutup! – “Jangan borak bab tutup periuk nasi”
“Pertama kali aku terkena… lepas abang rider tu hantar je makanan, dia terus matikan enjin motosikal dia. Kemudian lepak depan pintu rumah aku sambil telefon seseorang,” luahnya menerusi satu hantaran di laman Threads.
Bukan sekadar berbual dengan nada yang tinggi, malah katanya topik perbualan antara penghantar makanan itu bersama individu dipercayai rakannya juga menakutkan.
“Dia cakap kuat-kuat dan aku memang dengar perbualan dia dengan kawan dia sangat jelas. Dia cakap dengan kawan dia… perempuan macam tu senang je kau tibai dia, sekali tengok dia melutut tak dengan kau. Aku takut,” ujarnya.
Rider tu cuba nak buka pintu rumah… nasib baik pintu aku berkunci.
PENGADU
Tambah wanita berkenaan kejadian menakutkan seperti itu berlaku berulang kali.
Bercerita lanjut, wanita itu mendakwa insiden kedua membuatkan dia betul-betul takut kerana pekerja servis penghantar makanan cuba untuk membuka pintu rumahnya.
“Kali ini rider cuba nak buka pintu rumah. Nasib baik pintu aku berkunci.
“Aku terang-terang akan chat dengan abang rider bagi setiap order aku tu, aku akan cakap… makanan letak depan pintu rumah sahaja,” ceritanya lagi.
Lelaki membuat panggilan telefon dengan rakannya. -Gambar hiasan
Dalam pada itu dia memberitahu disebabkan kediamannya tidak bernombor, penghantar makanan sering membuat kesilapan dengan menghantar pesanannya ke rumah jiran-jiran.
Namun dia tidak menyangka berhadapan dengan kejadian diganggu pekerja servis berkenaan.
“Aku akan bagi sekali gambar rumah sebab rumah aku ni susah cari dan tak ada nombor rumah. Tak tahu nak apa jadi, anda pernah kena macam ni ke dengan rider makanan,” katanya.
Hingga kini dia masih tertanya-tanya mengenai motif pihak berkenaan yang didakwa cuba mengganggunya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube