RSS Suria

Lepas imbas tiket guna kod QR, pemuda disekat depan pintu panggung wayang… Tebal muka lepas staf datang tanya satu soalan

SEORANG lelaki berdepan detik memalukan apabila dia tidak dibenarkan masuk ke panggung wayang untuk menonton filem.

Dia yang terpinga-pinga ketika disekat mula berang selepas tiket versi kod QR yang digunakan dilihat sah tanpa sebarang masalah.

Namun rasa marah itu tidak lama, sebaliknya dia berubah menjadi malu selepas mengetahui kesalahan yang dilakukannya.

Terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi ketika menonton filem di pawagam. -Gambar hiasanTerdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi ketika menonton filem di pawagam. -Gambar hiasan

“Aku dah scan tiket, tiba-tiba kena tahan. Rasa tak puas hati juga masa tu," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Tidak lama kemudian seorang staf wanita datang dan menjelaskan punca dia tidak dibenarkan masuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Pawagam bau tahi, tukang cuci jumpa lampin bernajis bawah seat! Kesian anak dapat mak ayah pengotor

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok filem apa sampai tertanggal seluar dalam? Pemuda pelik jumpa ‘spender’ putih dalam pawagam – "Pasti orangnya gemuk"

Dia mengakui menjawab soalan wanita itu dengan nada tidak berpuas hati pada peringkat awal.

“Abang beli tiket online? Abang pilih tiket senior citizen ni bang. Umur abang dah lebih 60 ke?,” soal pekerja terbabit.

Rupanya aku terbeli tiket untuk warga emas… patut la murah semacam.

PENGADU

Enggan bertekak atas kesalahan sendiri, lelaki itu mendakwa dia tidak menyedari bahawa harga tiket murah yang dibelinya secara atas talian sebenarnya adalah untuk golongan berusia 60 tahun ke atas.

“Alamak aku salah pilih tiket. Rupanya aku terbeli tiket untuk warga emas. Patut la murah semacam,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Walaupun begitu, pihak pawagam tetap membenarkan dia masuk namun menasihati supaya lebih berhati-hati semasa membuat pilihan tiket di masa hadapan.

Perkongsian itu mengundang ketawa netizen dengan beranggapan dia seharusnya menyamar menjadi warga emas untuk menonton wayang pada masa akan datang.

“Selamat tak marah dulu, lepas ni kena betul-betul nampak tua.

“Bagitau je selalu sangat jiwa muda. Hari ni special sikit sekali sekala merasa jadi warga emas,” kata warga maya.

Scroll to Top