RSS Suria

Lepas kantoi sorok sedang hamil, pengasuh pandai-pandai cari pengganti… Nak suruh adik umur 18 tahun jaga anak orang!

BAGI kebanyakan ibu yang berkerjaya, mereka tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak kepada pengasuh.

Alangkah bertuahnya jika dikurniakan pengasuh yang bukan saja baik malah boleh diharapkan untuk menjaga si kecil ketika ibunya mencari rezeki.

Namun berbeza dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita ini mengenai bekas pengasuh anaknya yang tidak jujur sehingga menimbulkan masalah buat dia dan suami.

“Kalau nak cari pengasuh tu, cari yang betul-betul. Takpe kita bayar mahal sikit. Kalau boleh cungkil, cungkil betul-betul fasal pengasuh tu.

Kebanyakan ibu bekerjaya menghantar anak mereka kepada pengasuh. -Gambar hiasan AI

“Jangan jadi macam saya dulu. Pengasuh tipu tak cakap pun dia mengandung. Menyusahkan!” luahnya dalam satu laman grup Facebook.

Menurutnya, dia hanya mengetahui mengenai kehamilan pengasuh anaknya apabila wanita tersebut sudah sarat dan hampir tiba waktu untuk bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh banyak drama! Matahari tegak atas kepala baru nak bangun tidur, kerap sangat guna alasan mabuk hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kenal 2 bulan, pengasuh minta izin bawa anak kecil balik kampung… Ibu berat hati tapi takut nak tolak

Malah apa yang membuatkan dia geram, pengasuh anaknya itu enggan berterus terang mengenai tarikh jangkaan bersalin.

“Dua minggu sebelum tu dah tanya dia, bila tarikh masuk hospital. Masa ni memang dah cari-cari pengasuh lain. Eh dia tak nak bagitahu tarikh.

“Hari Jumaat baru bagitahu dia nak warded Isnin. Dia kata mak dengan adik umur 18 tahun boleh tolong jaga anak saya. Memang tidaklah ya,” kongsinya lagi.

Biarpun bengang, namun wanita itu bersyukur kerana urusannya mencari pengasuh baharu buat anaknya dipermudahkan.

  • Seorang wanita kecewa kerana pengasuhnya menipu tentang kehamilan.

  • Pengasuh itu juga enggan beritahu tarikh bersalin walaupun sudah hampir, menyukarkan persiapan mencari pengganti.

  • Walaupun geram, wanita itu bersyukur kerana urusan mencari pengasuh baharu buat anaknya dipermudahkan.

  • Pengasuh baru lebih teliti menjaga kebersihan dan keselesaan anak berbanding pengasuh lama.

  • Netizen turut bersetuju supaya lebih teliti mencari pengasuh.

Malah tambahnya, pengasuh baharu anaknya lebih mementingkan kebersihan, jauh berbeza dengan pengasuh lama yang mengambil remeh soal tersebut.

“Anak balik tak wangi, bau hanyir. Petang dipakaikan baju singlet, bawa anak keluar rumah tak pakai baju… hanya lampin pakai buang. Habis badan anak kena nyamuk.

“Bagi selimut baby… selimut itulah dibuat selimut, itulah juga dibuatnya tuala mandi anak, lapik untuk pakai baju,” tulisnya lagi.

Sebahagian daripada komen warga maya.

Menjengah ruangan komen, ternyata ramai yang bersetuju dengan saranan wanita berkenaan malah mereka turut berkongsi pengalaman dengan pengasuh anak masing-masing.

“Ada yang jaga anak orang tapi dibiarkan menangis, ditengkingnya… cakap pun mencarut. Belum lagi perbuatannya yang kita tak nampak.

“Saya pun pernah, pengasuh mengandung tapi tak beritahu. Rasa ralat betul. Perutnya buncit baru saya tanya dia.

“Kena pergi terjah, tengok keadaan anak… waktu tu baru kita boleh nilai sendiri,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top