BAGI pengguna Instagram dan Thread, pasti ramaiterbaca kisah seorang influencer dikhianati suami sendiri yang curang dengan wanitayang diupah sebagai brideassistant (pembantu pengantin perempuan)pada hari bahagianya.
Pernah melalui situasi hampir serupa, seorang jurusolek profesional (MUA) berkongsi kisah dirinya pernah cuba didekati oleh suami kepada pengantin perempuan yang merupakan kliennya.
“Masa awal-awal saya mula buat makeup, saya selalu bagi complementary makeup pengantin lelaki, sebagai penghargaan sebab bride (pengantin perempuan)upah saya. Kebanyakannya okay, Alhamdulillah. Sampailah insiden berlaku.
Isu curang menjadi antara punca keruntuhan rumah tangga pasangan suami isteri. -Gambar hiasan
“Lepas siapkan my bride, sementara dia pakai baju, saya akan start buat groom (pengantin lelaki) makeup, pastikan semuanya okay, busananya dan apa semua.
“Habis settle groom, kita fokus dekat bride balik untuk pakaikan tudung dan finishing touch-ups semua. Semasa proses bersiap memang semua akan okay. Perkara yang tidak selesa biasanya berlaku selepas majlis perkahwinan,” kongsinya.
Menurut jurusolek tersebut, dia terkejut apabila suami kepada kliennya secara tiba-tiba mengikutinya (follow) di Instagram dan berani menghantar mesej menerusi laman sosial tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:‘Penyondol’ merengek, makan hati tengok foto bahagia BF dengan famili… Tak sangka permintaan padam gambar dituruti
ARTIKEL BERKAITAN:Tak mengaku penyondol, wanita bagi alasan sakit mental dekati suami orang… Tahu buat salah tapi ‘dahaga’ perhatian
“Sudah tentu saya tak follow semula melainkan ia adalah akaun milik pengantin perempuan. Makin tak selesa bila tiba-tiba ada ‘hi’ dalam inbox.
“Dan beberapa perkara lagi yang kamu tak sangka ia daripada suami orang. Macam ‘cantiknya’, ‘awak pakai bawal lagi lawa’, ‘tutup aurat awak’ dan banyak lagi. Saya hanya seen of course.
“Ada tiga, empat orang yang buat macam ni. Ada seorang tu yang saya sangat ingat, bila saya tak reply, dia hantar reply yang menyakitkan hati seperti ‘lainnya muka tak makeup dengan makeup’, ‘buruk pairing outfit you’,” kongsinya lagi.
Kadang-kadang kita kena lebih berhati-hati, manalah tau ‘suey’ kena jantan miang nak try walaupun pada hari perkahwinan sendiri.
NETIZEN
Enggan sesekali bergelar perampas ataupun melayan suami orang, jurusolek itu berkata dia bertindak menyekat (block) individu yang berkenaan.
Malah ujarnya, selepas beberapa kali berdepandengan insiden sedemikian, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan perkhidmatan solekan untuk pengantin lelaki.
“Pengajaran daripada kisah ini, ia memerlukan dua pihak untuk berlaku curang. Saya tak beritahu pengantin perempuan sebab saya hanya buat kerja, bukan orang yang sepatutnya beritahu.
“Saya tak mahu terjerat dalam isu rumah tangga orang. Saya hanya doakan yang terbaik untuk kebahagiaan pengantin perempuan. Biar Tuhan saja balas jika mereka (lelaki) berperangai sama,” kongsinya lagi.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi tindakan jurusolek berkenaan yang bersikap tegas dan menjaga maruah sebagai seorang wanita.
“Tindakan yang bagus sis, dalam Islam pun tak wajar.
“Saya sokong keputusan kamu. Kadang-kadang kita kena lebih berhati-hati, manalah tau ‘suey’ kena jantan miang nak try walaupun pada hari perkahwinan sendiri.
“Ada hikmahnya terjadi, dan kamu terus decide untuk stop. Bagus macam tu. Moga sentiasa dilindungi Allah,” komen netizen.