RSS Suria

Lepas terlanjur dengan lelaki berlainan agama, wanita mula risau status anak bakal lahir – “Baby saya Islam, kan?”

SESETENGAH pasangan bercinta sering kali terbuai dengan perasaan sehingga mengabaikan batas pergaulan yang ditetapkan agama.

Akibat terlalu mengikut nafsu, ada juga yang akhirnya terlanjur dan hamil gara-gara melakukan hubungan intim sebelum berkahwin.

Di Thread, tular tangkap layar pengakuan seorang wanita yang sedang hamil selepas terlanjur dengan teman lelakinya.

Ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. -Gambar hiasan AI

Wanita itu menjadi perhatian ramai gara-gara soalan yang diajukan tentang status agama anaknya kelak.

“Saya orang Islam dan sedang mengandung. Teman lelaki saya berbangsa Cina.

“Saya tahu saya sudah buat silap, tapi saya mahu besarkan bayi ini tanpa mengahwini lelaki itu.

  • Pasangan bercinta tak jaga batas hingga terlanjur.
  • Wanita mengaku hamil anak teman lelaki bukan Islam.
  • Dia bertanya status agama bayi yang bakal lahir.
  • Netizen nasihat bertaubat dan jaga anak dengan baik.
  • Ramai sokong niatnya yang mahu jaga dan besarkan anak.

Baby saya (akan lahir) Islam kan? Maaf kalau soalan ni kedengaran bodoh tapi saya tak tahu tentang perkara ini,” tulis wanita itu.

Walaupun terang-terangan mengakui dosa yang dilakukan, kebanyakan netizen dilihat meninggalkan komen positif buat wanita itu.

Malah, ramai netizen menasihatinya untuk bertaubat dan membesarkan bayi tersebut mengikut ajaran Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia anak tak sah taraf terbongkar di pejabat kadi! Bapa akhirnya mengaku pernah terlanjur dengan ibu sebelum nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki terlanjur dengan kekasih gelap… Tak pernah sentuh bakal isteri, rupanya nak ‘rasmi’ lepas nikah

“Apa yang awak buat salah, tapi bayi itu tak berdosa dan perlu dijaga dan diberi kasih sayang.

“Besarkan dan didiklah anak tu dalam keadaan Islam. Diri tu pun kena berubah jadi lebih baik.

Pasangan bercinta perlu menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan AI

“Alhamdulillah. Dia nak jaga (bayi). Kita bagi sokongan.

“Bayi tu ibarat kain putih. Kita yang mencorakkannya,” tulis beberapa netizen.

Mengikut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, bagi kanak-kanak yang belum baligh, apabila ibu bapanya, ataupun salah seorang daripada ibu bapanya, memeluk agama Islam, maka agama anak berkenaan adalah Islam.

Scroll to Top