PENGURUS Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) iaitu Nor Masayu Alias menjelaskan lesen daripada pihaknya diperlukan jika mana-mana artis ingin membuat persembahan di khalayak ramai.
Jelas Masayu, jika konsert We 4U2C melibatkan persembahan secara langsung, permit daripada MACP sudah memadai untuk mereka meneruskan acara yang dirancang.
"MACP mewakili hak komposer, penulis lirik dan penerbit muzik. Lesen kami memberi anda kuasa undang-undang untuk melaksanakan atau memainkan karya mereka di khalayak ramai, mengikut Akta Hak Cipta Malaysia 1987.
AC ketika di majlis sidang media tergempar 4U2C.
"Harap maklum lesen yang sah daripada MACP diperlukan untuk sebarang persembahan karya muzik berhak cipta di konsert anda.
"Jika konsert anda melibatkan persembahan secara langsung sahaja, lesen MACP sudah memadai," katanya.
Pihaknya mengulas perkara berkenaan susulan kontroversi penganjuran konsert kumpulan 4U2C yang menjadi bualan dalam kalangan penggiat seni.
Bagaimanapun, kata Masayu, jika sesebuah konsert itu melibatkan bunyi daripada ‘minus one’ atau perkara-perkara berkaitan penyanyi atau kumpulan itu perlu meminta izin daripada pengeluar terlebih dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Konsert 4U2C tetap jalan, AC Mizal dedah Man Senoi punca berpecah… Lama berdiam sebab malas panjangkan isu
ARTIKEL BERKAITAN: [V] AC Mizal kecewa Ajai tak faham undang-undang muzik, tuntut permohonan maaf 24 jam
"Jika acara anda termasuk persembahan awam muzik yang dirakam seperti trek minus one, muzik latar belakang, muzik selingan, set DJ atau video muzik, sila ambil perhatian anda juga mungkin dikehendaki mendapatkan persetujuan berikut daripada pengeluar (label rakaman)," jelasnya.
Malah Masayu memberitahu maklumat lanjut boleh terus bertanyakan kepada tiga badan kutipan royalti iaitu Collective Management Organisation (CMO), Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performers Malaysia (RPM).
Sebelum ini, kontroversi berkaitan konsert 4U2C mula tercetus apabila penerbit Man Senoi dan isteri, Mama Rap mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert biarpun mereka memiliki hak sepenuhnya ciptaan lagu-lagu kumpulan itu.
Konsert We 4U2C tetap akan berlangsung seperti biasa.
Man Senoi juga mempersoalkan bagaimana 4U2C hendak mementaskan konsert berkenaan jika 25 lagu yang dirakam adalah hak milik syarikatnya, Zman Production.
Bagaimanapun, AC atau Mizal Zaini, 54, berkata, cuma sembilan daripada 25 lagu 4U2C milik Man Senoi menerusi tiga album kumpulan itu.
Malah kata AC, konsert yang dijadualkan pada 15 September depan di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor tetap berjalan seperti biasa selepas pihaknya sudah mendapat permit daripada MACP.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube