RSS Suria

Letih ‘top up’ alat tulis anak asyik hilang, wanita ‘sound’ ibu bapa lain dalam grup WhatsApp! Terpaksa ajar jadi kedekut

SUDAH menjadi lumrah untuk para ibu memastikan keperluan anak-anak sentiasa mencukupi.

Begitulah yang dilakukan wanita ini dan akhirnya mendapati setiap barang keperluan persekolahan anaknya tidak lengkap.

Geram berdepan situasi itu, dia kemudiannya menghantar mesej peringatan kepada ibu bapa murid lain, dipercayai menerusi grup WhatsApp kelas anaknya.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, dia meminta kerjasama ibu bapa rakan sekelas anaknya supaya sentiasa memastikan kelengkapan persekolahan khususnya alat tulis anak masing-masing mencukupi.

Ibu bapa perlu bertanggungjawab memastikan keperluan sekolah anak-anak lengkap. -Gambar hiasan

Ibu bapa perlu bertanggungjawab memastikan keperluan sekolah anak-anak lengkap. -Gambar hiasan

“Boleh ke ibu bapa kelas 1 Arif sedia dan periksa kelengkapan anak masing-masing supaya mereka tidak pinjam barang kawan.

“Ini bukan soal kedekut, cuma budak tujuh tahun belum faham mengenai peraturan.

“Kalau pulangkan semula barang yang dipinjam dalam keadaan baik, tak apalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyusahkan! Bapa merungut beratur panjang beli buku anak, pelik pihak sekolah dah lama urus tapi tak pandai-pandai

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ajar anak jadi pemalas, suruh cikgu ingatkan kerja sekolah! – "Senang saya minta siapkan awal"

“Ini tak dipulangkan atau beri sebab dah rosak,” luahnya sambil menambah dia terpaksa ‘top-up’ alat tulis anaknya setiap hari.

Bimbang perkara ini dinormalisasikan golongan ibu bapa, dia kemudiannya membuat hantaran di media sosial dengan berkongsikan paparan mesej yang dihantar.

Menurut pengadu, dia sedaya upaya mengajar anaknya tentang erti tanggungjawab dan sayangkan barang persendirian.

I nak suruh anak cakap yang tangan dia kotor dan takut berjangkit pada kawan-kawan, jadi tak boleh pinjam.

WARGA MAYA

Namun luluh hatinya apabila setiap hari dia melihat barang anaknya tidak mencukupi kerana dipercayai dipinjam oleh rakan.

“Mungkin ada yang rasa benda ni normal atau ada juga rasa ia tidak normal.

“Hari-hari saya ajar anak untuk bertanggungjawab menjaga barang-barang dan sayang barang dia, tapi setiap hari juga barang dia hilang, rosak atau koyak… apabila ditanya, dia cakap kawan pinjam.

Situasi yang dialami itu membuatkan dia mula mengajar anaknya supaya bersikap kedekut.

“Saya ni setiap hari ajar anak jadi kedekut, cakap dengan dia biarkan saja kawan tu pandailah mamanya belikan, awak tak perlu kasihan.

“Tapi apakan daya anak umur tujuh tahun ni menahan pujuk rayu,” katanya.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing dan cara yang boleh dilakukan olehnya.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Netizen yang berdepan situasi sama tampil berkongsikan tip dan langkah yang boleh dilakukan.

“Tak perlu hantar mesej macam tu sebab memang normal budak darjah satu hilang barang, saya nasihatkan supaya tidak beli barang mahal-mahal.

“Bukan kawan yang ambil tu, saya pun penat bagi yang baru hari-hari… rupanya mereka letak merata-rata.

“I nak suruh anak cakap yang tangan dia kotor dan takut berjangkit pada kawan-kawan, jadi tak boleh pinjam.

“Isu yang selalu saya pesan pada anak-anak, jaga barang dan kalau kawan pinjam, minta balik,” demikian antara perkongsian warga maya.

Scroll to Top