RSS Suria

Letih ujian bertubi-tubi lepas balik Makkah, wanita risau tersilap doa! Ada juga syak minta syurga tanpa hisab

DOA merupakan senjata yang paling ampuh bagi mereka yang berada dalam kesusahan dan sukar mencari jalan keluar.

Maka tidak hairanlah kebanyakan umat Islam akan mengangkat tangan untuk berdoa, setiap kali selepas menunaikan solat.

Bagi yang berada dalam kesulitan dan sering diuji dengan pelbagai masalah, doa akan digandakankerana dengan cara ini segala beban akan terasa ringan dan dipermudahkan.

Begitulah yang dilakukan wanita ini setiap hari yang tidak pernah lupa untuk berdoa sewaktu susah dan senang.

Masalah kesihatan antara ujian yang sering dihadapi. -Gambar hiasan

Masalah kesihatan antara ujian yang sering dihadapi. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, peluang menjejakkan kaki di hadapan Kaabah membuatkan dia mengambil kesempatan untuk menzahirkan pelbagai doa.

Tambahan pula, Makkahdan Madinah adalahtempat berdoa yang mustajab kerana apa yang dihajati diangkat tanpa hijab.

Selepas pulang dari mengerjakan umrah, situasi yangdialami membuatkan dia terfikir semula tentangdoa yang dizahirkan.

“Apa yang aku doa depan Kaabah hari itu sampai dugaan datang bertubi-tubi?

ARTIKEL BERKAITAN:Doa tak baik untuk rakan mulut celupar, wanita bimbang jadi asbab sampai sekarang diri tak hamil-hamil

ARTIKEL BERKAITAN:Keajaiban doa Nabi Yunus jentik hati mualaf ini… Terbuka hati lafaz syahadah lepas sembuh daripada lumpuh

“Tak berhenti, sampai aku rasa tak cukup tanah nak berlari,” luahnya sayu.

Dia yang enggan dikenali berkata, antara dugaan yang diterima adalah dirinya disahkan menghidap kanser endometrial.

“Alhamdulillah, dah buang rahim. Tak dapat melahirkan zuriat di dunia,” ujarnya sayu.

Selain dihadapkan dengan ujian kesihatan, dia juga diuji dengan masalah suami.

Kau minta syurga tanpa hisab ke? Memang kena uji bertubi-tubi kalau nak syurga tanpa hisab

WARGA MAYA

Menurut wanita ini, suaminya tiba-tiba mengalami ‘mild-stroke’ yang berpunca daripada ‘brain aneursym’ iaitu pembengkakan pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak.

“Selepas selamat bedah, kena pula jantung ‘block’ dan baru sahaja keluar wad, suami jatuh dalam tandas,” luahnya sedih.

Beberapa insiden yang berlaku tanpa diduga itu membuatkan dia meluahkan rasa letih.

Warga maya memberi kata-kata sokongan padanya.

Warga maya memberi kata-kata sokongan padanya.

Luahannya itu turut meruntun hati warga maya.

Kebanyakannya meminta agar dia tabah dan sabar menempuh dugaan yang diberikan.

Tidak kurang juga yang menyatakan segala yang dialami berkemungkinan berpunca daripada doanya yang memohon syurga tanpa hisab.

“Awak boleh laluinya, kuatkan semangat, ada hikmah di sebalik kesukaran… saya kirimkan awak tanda sayang.

“Saya tahu dan sedar apa yang saya doa depan Kaabah, Allah uji dengan ‘relapse’ sebaik doa dilafaz. Saya cerita dengan kawan-kawan, akhirnya saya cerita pada mutawif dan dia suruh saya tarik balik doa tu.

“Kau minta syurga tanpa hisab ke? Memang kena uji bertubi-tubi kalau nak syurga tanpa hisab,” ujar beberapa warga maya.

Scroll to Top