PELAKON Linda Hashim seakan memberi gambaran mendakwa suaminya iaitu aktor Beego culas menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Dakwa Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, suaminya itu gagal memberikan nafkah termasuk wang untuk menampung kos perbelanjaan makan dan minum buat tiga cahaya mata mereka.
“Mana bapa anak-anak ni? Kalau jumpa tanya dia tak takut ke akhirat esok kena soal macam-macam?
Perkongsian Linda di TikTok miliknya.
“Berseronok boleh tapi duit makan anak-anak abaikan setelah sekian lama. Duit makan saja pun, duit lain maknya dah tanggung sepenuhnya. Sekian,” katanya.
Linda berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Dalam perkongsian itu juga, Linda turut memuat naik foto memperlihatkan ketiga-tiga anak mereka sedang menikmati makanan di sebuah restoran.
ARTIKEL BERKAITAN: Beego sertai tabligh, Linda Hashim harap bukan ‘wayang’… Ingatkan tentang nafkah anak-anak
ARTIKEL BERKAITAN: Beego bawa ibu wakil JKP, Linda Hashim buka ‘fail’ baru jika suami enggan cerai
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap aktres berkenaan termasuk ada yang berkongsi pengalaman kerana mengalami nasib sama.
“Pengalaman saya, anak tiga orang bekas suami tak bagi nafkah. Jumpa anak dekat sekolah diam-diam lepas itu cakap anak dah besar nanti nak ambil pula.
“Sekarang ini ramai lelaki tak faham bab tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Bekas suami saya pun sama,” tulis netizen.
Untuk rekod, Linda mendirikan rumah tangga dengan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, pada JUn 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.
Linda (kanan) memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu.
Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.
Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.
Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube