ISTERI kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa kesal terhadap ibu bapa mentuanya yang tidak datang menjeguk cucu selepas dilahirkan.
Fara, 33, berkata dia tidak menuntut sebarang perkara daripada keluarga suaminnya itu namun berharap mereka mempunyai sikap belas ihsan terhadap dia dan juga anaknya.
“Encik Sahar dan Puan Ainun, aku dah selamat lahirkan cucu kau. Nama dia Elaine Nada. Perut aku kene siat tujuh lapis nak keluarkan cucu kau ini. Tak nak datang tengok ke?
Luahan hati Fara mengenai keluarga mentua.
“Anak kau mana Encik Sahar? Dia tak nak tengok ke? Cakap dekat anak kau, tak payah risau bab barang anak semua aku uruskan. Tak ada satu pun dia uruskan.
“Aku bersalin pun sendiri jangan risau tiada yang aku nak susahkan anak kau Encik Sahar. Cuma kau berhati perut sikit,” katanya.
Fara meluahkan perkara itu menerusi hantatan di Instastory miliknya pada Selasa.
Tambah Fara dia juga tidak pernah terfikir untuk menuntut sebarang harga keluarga mentua untuk anaknya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar selamat bersalin, kagum harungi tempoh hamil sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh haramkan Shuk Sahar jumpa anak, rayu mahu rujuk
Malah dia juga mengingatkan agar Shuk dapat menghadiri panggilan kedua kes perbicaraan mereka pada 5 Ogos nanti di Mahkamah Syariah Segamat, Johor.
“Harta kau, kau simpan. Jangan risau, aku dan Elaine tak hamak harta macam ‘mereka’, kami cuma nak kan urusan mahkamah kami selesai sahaja.
“Walaupun Elaine lahir dengan serba kekurangan.. tapi dia kaya kasih sayang. Aku mak dia dan aku ayah dia. Dia baik dan tidak pernah meminta lebih,” luahnya.
Semoga aku tak gagal jadi ibu bapa seperti korang.
FARA SALLEH
ISTERI SHUK SAHAR
Dalam pada itu, Fara juga mengimbau kembali beberapa pengorbanan yang pernah dilakukan sepanjang bergelar menantu kepada keluarga berkenaan.
Katanya dia antara individu yang bersengkang mata menjaga salah seorang ahli keluarga suaminya semasa menerima rawatan di hospital.
“Masa aku jadi menantu kau dulu siapa yang tolong masa kau sakit? Siapa yang tunggu berjam-jam dekat hospital uruskan kau? Siapa yang tolak kerusi roda kau?
“Kalau aku tahulah korang ini perangai macam ini, baik aku tolak je wheelchair itu ke sungai. Teruk keluarga korang ni. Semoga aku tak gagal jadi ibu bapa seperti korang,” ujarnya.
Fara harap kes penceraiannya dapat diselesaikan dengan segera.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.
Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata bersama iaitu Elaine Nada.
Bagaimanapun, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube