SATU kisah tentang seorang adik ipar yang dianggap tidak tidak boleh diharapmeraih perhatian ramai di media sosial.
Kisah itu dikongsikan semula seorang wanita selepas mendengar luahan rakanyang kecewa dengan sikap adik iparkerana tidak menghormati ibu mentua.
“Teruk juga budak sekarang. Budak-budak sekarang ni kahwin memang tak ada common sense ke? Balik rumah mentua, apa salahnya bangun awal tolong dekat dapur.
Suami isteri perlu menjalankan tugasmenguruskan rumah tangga bersama-sama. -Gambar hiasan
“Ni bangun-bangun tidur terus makan macam dekat hotel, tak rasa segan ke? Senang betul hidup. Moga satu hari nanti, kau dapat menantu copy paste (perangai) macam tu juga.
“Baru kau tahu macam mana rasanya,” ujarnya bagi mengulas tentang perihal adik ipar rakannya itu.
Bagaimanapun perkongsian itu tidak terlepas daripadakecaman dan respons negatif netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat pelayar itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Bapa risau adik ipar lelaki suka melebih-lebih cium anak umur 3 tahun, susah nak kesan pedofilia
ARTIKEL BERKAITAN:Kurang ajar siap hentak kaki! Wanita hilang sabar hadap perangai adik ipar, tak sedar diri menumpang… Nak dilayan bak ‘princess’
Malah, netizen turut menyuarakan pandangan bahawa sebelum menegur menantu, sepatutnya ‘si abang’ (adik lelaki wanita tersebut) juga perlu ditegur kerana bersikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.
“Kawan awak harapkan adik ipar dia kahwin untuk jadi bibik dekat rumah mentua ke? Sebelum kahwin elok je mak mentua kemas dapur. Kenapa lepas kahwin menantu pula nak ambil alih dapur.
“Minta kawan tu tegur adik dia sendiri. Suruh adik sendiri rajin dulu. Menjengkelkan betul apabila jadi menantu je nak kena rajin, masuk dapur… tapi anak sendiri?
Minta kawan tu tegur adik dia sendiri… suruh adik sendiri rajin dulu.
NETIZEN
“Mak saya ajar anak-anak sendirikena rajin. Menantu nak tidur balik selepas solat Subuh pun tak apa. Dia tak akan mengata . Apa-apa pun tegur anak sendiri dulu,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun selepas menerima pelbagai kecaman, pemilik akaun tampilmenjelaskan situasi sebenar dengan lebih mendalam.
Menurut wanita berkenaan, rakannyatidak berniat untuk hanya menyalahkan iparnya semata-mata kerana turut mengakuibahawa adik lelaki yang lain juga tidak berfungsi dengan baik.
Antara komen netizen pada hantaran berkenaan.
“Kawan saya cerita juga mengenai adik dia. Adik dia sendiri lelaki tapi tak function (tak buat kerja) juga. Bangun tidur pun lambat. Macam mana nak bimbing isteri dia.
“Mungkin ayat saya tu yang salah. Saya sebenarnya nak sebut kedua-dua pasangan tu. Apabila dia cerita, saya jadi geram.
“Orang lain nak berumah tangga, dia nak kahwin juga tapi buat macam tu (pemalas),” ulasnya mengenai perkara itu lagi.