ADA pandangan manusia pangkat, darjat dan harta sering menjadi ukuran dalam menentukan taraf hidup sosial dalam masyarakat.
Justeru bagi mereka yang mempunyai kedudukan atau gelaran tertentu, panggilan hormat mungkin menjadi sesuatu yang cukup dititikberatkan.
Baru-baru ini seorang mahasiswa akhirnya menyedari tentang kepentingan hal ini selepas dia berdepan dengan pensyarah yang berstatus doktor falsafah di surau di sebuah universiti tidak dinyatakan lokasi.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas dia selesai menjawab satu kertas peperiksaan dan berada di surau sementara menunggu peperiksaan seterusnya pada sebelah petang.
“Saya lepak di surau dan sempat ke tandas sebentar. Apabila balik saya nampak ada seorang pensyarah sedang solat,” katanya memulakan cerita.
Pelajar itu mendakwa ruangan solat tersebut sempit. -Gambar hiasan
Menghormati pensyarah berkenaan dia kemudiannya meminta izin untuk masuk ke surau memandangkan ruangannya yang terhad.
Namun dia terasa hati selepas mendengar jawapan daripada pensyarah berkenaan.
“Saya pun macam… boleh ke saya masuk puan? Sebab surau kecil, takut kacau dia nak solat memandangkan saya nak ulangkaji dalam tu.
“Dia kata boleh… tapi tiba-tiba dia menegaskan… oh apa-apa pun (panggil) doktor. Saya pun minta maaf dan betulkan panggilan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Belum kahwin, panggil cik” – Wanita ‘tersalah bual’, kena marah tegur orang ‘puan’… Niat nak hormat tapi disalah erti
ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati nak panggil orang ‘akak, makcik’, tak semua wanita selesa… Boleh hilang ‘mood’ jika tersalah tegur
“Lepas dia lipat telekung, dia cakap… nanti sejadah ni awak lipat ya, saya ada meeting. Saya pun jawab okey, doktor. Tapi dalam hati memang agak tak puas hati dan terasa,” luahnya.
Bagi mahasiswa itu, permintaan kecil itu dirasakan agak keterlaluan dan seolah-olah merendahkannya sebagai seorang pelajar.
Tambahnya lagi, jarak tempat solat dengan rak sejadah hanya memerlukan beberapa langkah sahaja.
“Meeting dia tu penting sangat ke sampai tak sempat nak lipat sejadah? Padahal jarak tempat dia solat dengan rak tu dua kali langkah je.
Tapi mungkin mereka dulu bersusah payah nak dapatkan ‘title‘ tu.
NETIZEN
“Hanya kerana dia pensyarah berpangkat doktor, dia boleh layan pelajar dia macam tu ke? Saya okey je nak tolong lipat kalau ayat dia minta tolong tu lebih proper (beradab).
“Dia boleh je cakap… awak tolong lipatkan sejadah ni boleh, saya terburu-buru sebab ada meeting. Tak ada la rasa diri ni hina sangat,” ujarnya.
Perkongsian individu berkenaan mendapat simpati warga maya dengan ramai yang mengkritik cara komunikasi pensyarah itu dengan seorang pelajar.
Namun tak kurang juga yang menasihati mahasiswa agar tidak terlalu mengambil hati dalam situasi sebegini.
Beberapa komen netizen pada hantaran asal.
“Iya kan saja. Sudah memang pangkat dia lebih tinggi daripada kita. Tapi apa yang penting sekali, jangan rasa terhina dan rendah diri. Kita buat sebab kita tolong je. Hidup biar positif je. Fikir untuk terus berjaya.
“Pensyarah saya dulu Prof Madya. Tapi kami suka panggil dia prof. Dia siap tegur jangan panggil dia prof. Dia belum prof. Kami tetap panggil. Alhamdulillah, sekarang dia memang pangkat profesor. Sangat merendah diri.
“Mereka nak suruh sebut pangkat, mungkin dulu dia bersusah payah nak dapatkan ‘title’ tu. Sekolah mak saya pun sama. Guru besar tu suruh panggil dia ‘GB’ masa lepak bersama,” demikian komen beberapa netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube