RSS Suria

Mahasiswi diusir keluar sebab ‘bergerak’! Pensyarah ‘alergi’ bunyi, pergerakan dalam dewan kuliah… Syukur dapat ‘A’

KERJAYA sebagai seorang pendidik, sama ada guru atau pensyarah sememangnya memerlukan kesabaran dan hati kental untuk berdepan dengan pelbagai kerenah anak didik.

Bagaimanapun, seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tampil berkongsi kisah pensyarahnya yang dianggap mempunyai sikap luar biasa berbanding pensyarah lain ketika mengajar di dewan kuliah.

Menurut wanita itu, dia tidak dapat melupakan peristiwa dihalau dari dewan kuliah, malah dimalukan di hadapan pelajar lain hanya kerana tindakannya yang dianggap salah oleh pensyarah berkenaan.

Seorang pensyarah perlu bersikap profesional ketika bertugas -Gambar hiasan AI

“Dulu kan, aku pernah dihalau keluar dari kelas oleh pensyarah aku. Dia jenis yang tak boleh dengar sesiapa pun buat bising atau bergerak, sebab dia akan rasa terganggu.

“Muka dan mata kena fokus dekat dia je, langsung tak boleh toleh kiri kanan. Kebetulan BFF (sahabat) aku ni tanya, muka surat mana? Aku tunjuk dia page, tu je,” dia mengimbas kembali kejadian tersebut.

Menyedari terdapat komunikasi di antara mereka berdua, pensyarah berkenaan terus menghalau wanita itu keluar dari kelas.

“Dia tunjuk arah aku, dia cakap tudung hijau awak keluar sekarang. Awak keluar!

“So aku pun keluar dari kelas, semua mata tengok aku, malu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Profesor viral akan dikenakan tindakan rupa-rupanya pensyarah kontrak UiTM Seri Iskandar… hikmahnya, siswa B40 dapat komputer riba

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa naik geram pensyarah suruh lipat sejadah surau, makin sakit hati ditegur tak guna gelaran akademik… Kena panggil ‘doktor’ bukan ‘puan’

Bercerita lanjut, wanita itu berkata dia menangis semasa dalam perjalanan pulang ke asrama.

Sahabatnya pula terus mencarinya sebaik kelas tamat untuk meminta maaf kerana merasakan dirinya menjadi punca kepada kejadian itu.

“BFF aku habis je kelas cari aku (aku stay kat surau) kitaorang nangis sama-sama.

“Dia minta maaf tapi bukan salah dia pun,” katanya.

Meskipun begitu, dia sama sekali tidak menyimpan dendam terhadap pensyarah, malah menganggapnya sebagai asam garam zaman belajar.

“Aku tak la benci pensyarah tu tapi berbekaslah di hati.

“Malu nak hadap kawan-kawan sepanjang semester. Alhamdulillah subjek dia aku dapat A,” katanya.

  • Seorang mahasiswa dihalau keluar oleh pensyarah dari bilik kuliah.
  • Pensyarah anggap bunyi bising dan pergerakan sebagai gangguan.
  • Dia berasa diri dimalukan di hadapan pelajar lain.
  • Meskipun begitu, dia tidak menyimpan dendam terhadap peristiwa itu.
  • Dia bersyukur kerana dapat A untuk subjek diajar pensyarah tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mengimbau pengalaman mereka ketika zaman belajar, melibatkan pensyarah masing-masing.

“Teringat pensyarah UiTM ajar English semester 2, Puan S namanya, hari-hari dia masuk kelas mesti masam mencuka hentak-hentak beg atas meja.

“Saya pun pernah kena. Masa tu buat pembentangan, lepas habis je, lecturer review dan komen dekat slide saya. Saya tak faham komen tu jadi saya tanya soalan tapi saya kena marah ye! Dia cakap awak nak jadi lecturer ke?

“Aku pun pernah kena dengan lecturer Matematik dulu. Pun sama jenis tak boleh orang bergerak sikit. Aku pula jenis mudah terhibur, kawan aku buat lawak sikit aku tersenyum je, dah tak memasal aku kena aim. Terus dia panggil aku ke depan jawab soalan, benci la dia,” demikian antara perkongsian pengalaman netizen.

Reaksi netizen

Dalam pada itu ada juga yang melihat tindakan pensyarah berkenaan sebagai salah satu gejala penyakit mental.

“Boleh, tapi pulangkan balik yuran untuk sejam tu.

Lecturer sepatutnya bersikap profesional dan matang, sesuai dengan tahap pendidikan. Kalau macam tu gayanya, patutlah ada gelaran ‘lecturer kangkung’.

“Kadang lecturer atau cikgu ni bukan hukum nak mengajar sangat pun, lebih kepada lepaskan geram je.

“Rasa macam apa dosa aku kat kau ni, besar sangat ke? Sekarang yang tinggal dosa kau kat aku,” antara komen netizen.

Scroll to Top