RSS Suria

Mahasiswi kerap bawa ‘BF’ balik rumah sewa, tidur sebilik! ‘Housemate’ geram aurat terdedah, privasi diceroboh

BEBERAPA siswi yang menyewa sebuah unit kondominium meluahkan rasa tertekan dan tidak selesa apabila salah seorang daripadanya kerap membawa teman lelaki bermalam di rumah mereka.

Situasi tersebut bukan sahaja menjejaskan privasi, malah menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan mereka sebagai wanita.

Menerusi perkongsian di media sosial, kejadian itu sudah lama berlarutan dengan lelaki itu sering muncul sekitar pukul 11 malam.

Ingin selesa mendorong sebahagian pelajar menyewa rumah di luar kampus. -Gambar hiasan AIIngin selesa mendorong sebahagian pelajar menyewa rumah di luar kampus. -Gambar hiasan AI

“Kadang-kadang tengah buat assignment, dia datang cakap… bf aku nak masuk rumah kejap tau.

“Kemudian kami semua pula yang kena angkat barang masuk dalam bilik buat kerja,” kata pelajar tersebut.

Lebih membimbangkan, lelaki itu bukan sekadar datang sekejap sahaja tetapi turut bermalam di bilik teman wanitanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dayus, izin kawan-kawan keluar masuk rumah! Tak pernah kisah aurat isteri, siap suruh ‘layan’ nafsu lelaki lain

ARTIKEL BERKAITAN: Suami izin kerja di Pantai Timur, isteri menggatal dengan laki lain! Mujur housemate tak berahsia, dedah setiap malam giat buat aktiviti bersama

Bf dia memang tidur dalam bilik dengan dia, pagi esok baru keluar rumah dan balik.

“Satu hari tu, saya bangun pagi nak mandi, keluar dari bilik dengar suara dia dengan bf tengah borak-borak kat dapur.

“Lepastu tahu pula gelabah konon nak lindungi aurat aku. Dia memang langsung tak kisah pasal privasi dan aurat kami,” katanya.

Maksiat depan mata… kalau dah nasihat banyak kali pun tak jalan call je jabatan agama.

NETIZEN

Menurutnya, pelbagai nasihat dan teguran disampaikan kepada rakannya itu, namun tidak diendahkan.

“Bayangkan bayar sewa mahal tapi kena kongsi rumah dengan lelaki stranger. Ehhh bodohnya. Nasihat semua tu memang tak jalan pun,” katanya lagi.

Sementara itu, netizen menyarankan agar pengadu bersama rakan yang lain keluar meninggalkan rumah terbabit untuk mengelak mereka daripada bersubahat.

Reaksi warga maya

Reaksi warga maya

“Masa mereka masuk bilik tu semua keluar, lepas tu lapor pejabat agama bagi mereka nikah.

“Pernah halau lepas tu beritahu tuan rumah, tapi tuan rumah kata tu hak dan mereka.

“Ada kawan macam ni juga, kami bagitahu mak ayah dia, kemudian lapor polis. Tak sanggup nak biarkan rumah jadi tempat lepas nafsu.

“Maksiat depan mata. Kalau dah nasihat banyak kali pun tak jalan call je jabatan agama,” kata netizen.

Scroll to Top