KEJADIAN buli yang berlaku di sekolah semakin membimbangkan sekali gus mengundang keresahan ibu bapa.
Terpanggil berkongsi kisah di laman sosial, seorang ibu turut menceritakan insiden yang menimpa anak sulungnya baru-baru ini bagi membuka mata semua pihak mengenai pentingnya mengambil serius isu buli sebelum ia menjadi lebih parah.
“Rabu hari tu anak sulung saya kena buli. Minggu lepas kasut dia kena sembunyi dan jumpa dekat dewan sebelah surau.
“Rabu hari tu sebelah je ada. Rupanya ada budak buang kasut dia dalam tong sampah.
Buli tidak semestinya melibatkan kekerasan fizikal sahaja, bahkan mental. -Gambar hiasan
“Anak saya ni balik tak berkasut lepas tu tak maklum pun dekat kami. Pergi sekolah pakai selipar esoknya,” demikian hantaran yang dikongsi di media sosial.
Tidak berdiam diri, dia dan suami mengambil langkah menyiasat perkara tersebut.
Menurut wanita itu, mereka pergi ke sekolah terlebih dahulu untuk bertemu dengan guru bagi membuat aduan mengenai kejadian berkenaan, sebelum berjaya mengenal pasti pelaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkejut, pembuli zaman belajar kini sibuk cari sekolah ‘bebas buli’ untuk anak – "Suami kau ni bapa segala setan"
ARTIKEL BERKAITAN: Gangster sekolah kini hidup susah diserang strok, ramai doakan ditimpa balasan buruk – "Member tak maafkan sampai mati!"
“Kami siasat dekat mana rumahnya. Terus pergi jumpa mak ayahnya. Family dia sangat daif. Bukan nak hina. Rumah pun tingkap tutup guna net jaring,” ujarnya.
Ketika bersemuka, ibu kepada pembuli berkenaan mengakui bahawa anaknya memang agak nakal dan degil biarpun sudah dinasihatkan berkali-kali.
-
Seorang ibu berkongsi kisah anak dibuli dengan kasut disorok dan dibuang dalam tong sampah.
-
Ibu bapa mangsa buat aduan kepada pihak sekolah dan menyiasat sendiri kejadian.
-
Pembuli dikenal pasti dan berasal daripada keluarga daif.
-
Ibu pembuli mengakui anaknya nakal dan degil walaupun sering dinasihati.
-
Bapa mangsa memberi nasihat dan amaran kepada pembuli agar berubah.
“Saya tanya, kenapa buang kasut anak saya. Dia kata saja-saja. ‘Menyirap’ betul. Dia pandai, dari kelas nombor satu, tapi itulah…
“Suami saya cakap, awak ni bukan bergurau dah. Awak ni memang niat jahat.
“Sebab kes bukan sampai bertumbuk, jadi suami ‘tarbiah’ je dulu. Kami dah bagi warning. Dik, fikir panjanglah. Keluarga susah. Perangai membuli,” luahnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji pendekatan yang diambi dalam menangani kes buli, namun dalam masa sama menyarankan dia dan suami mengambil tindakan tegas jika ia berulang.
Antara komen netizen.
“Tolong jangan bagi muka dekat pembuli walau daripada keluarga daif sekali pun. Susah, daif bukan alasan jadi pembuli.
“Biasa budak macam ni dia buat perangai sebab nak perhatian. Keluarga serba daif, dia tak tahu nak salurkan ke mana.
“Minta cikgu kaunseling jumpa budak tu. Kadang-kadang kes buli ni disebabkan kemiskinan… cemburu akibat tidak mampu memiliki macam orang lain,” demikian antara komen netizen.