IBU bapa beperanan dalam mendidik dan membentuk tingkah lakuanak-anak, khususnya dalam menjaga adab walau di mana jua mereka berada.
Namun malangnya dalam dunia hari ini, perihal adab seadakan semakin kurang dititikberatkan dalam kehidupan seharian khususnya dalam kalangan generasi baharu.
Begitulah yang disaksikan seorang pelanggan di sebuah pasar raya ketika dia sedang beratur di kaunter untuk menunggu giliran membuat pembayaran.
Pasar raya menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli barang keperluan. -Gambar hiasan
“Aku tengah beratur nak bayar barang kat kaunter. Selang tiga troli depan aku ada seorang ibu sedangbagi snek yang belum bayaruntuk anak dia makan.
“Bukan je anak, tapi dia sendiri buka dan makan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Rancak bergosip, mak ayah tak peduli anak buat onar dalam rumah orang! Tetamu lain geram, nak makan soto pun tak tenang
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita hambat balik anak-anak jiran, geram perangai kurang ajar! Tak cukup buka peti sejuk ambil makanan, siap selongkar bilik tidur
Tanpa mendedahkan lokasi pasar raya, wanita itu menceritakan tentangtingkah laku anak beranak berkenaan tidak terhenti sekadar makanan sahaja.
“Lepas tu anak-anak dia pergi ambil air pula. Anak suruh buka, laju je dia buka.
“Aku nak tanya mak ayah yang ada anak-anak kecil…memang anda akan bukakan (makanan atau minuman yang belum dibayar) ke kalau anak minta?
“Anak dia tak tantrum pun. Aku tanya sebab nanti anak aku pun akan melalui fasa tu, jadi nak tahu benda tu okay ke? Walaupun rasa macam tak,” ujarnya sambil mendapati kanak-kanak berkenaan berusia sekitar lebih lima tahun.
Mak ayah kena kental untuk disiplinkan anak-anak.
NETIZEN
Menurut wanita itu, perbuatan ibu bapa membuka bungkusan makanan atau minuman di dalam premis sebelum membuat pembayaran di kaunter sering dilihat sebelum ini.
Namun, dia lebih terkesan dengan kejadian terbaharu itu kerana ia turut melibatkan aspek kebersihan premis.
“Tak pernah terfikir tapi selalu nampak. Yang paling nampak semalam sampai sepahkan lantai tu.
“Semua benda pun anak dia suruh buka. Air minuman pun sama terus minum sebotol habis dan air bergas (berkarbonat) pula tu. Kalau betul lapar mesti maknya pilih makanan yang kenyang terus,” katanya.
Segelintir pelanggan masih membuat pembayaran secara tunai di kaunter bayaran. -Gambar hiasan
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan peranan si ibu, sambil menegur perbuatan seperti itu tidak seharusnya dinormalisasikan dalam diri anak-anak.
“Jangan normalisasikan benda yang haram. Benda memang salah jangan tanya boleh atau tak. Walaupun dia akan bayar tapi makanan tu belum jadi milik dia lagi.
“Jangan buat sebab sesetengah kanak-kanak mungkin menganggap makanan dan minuman itu tersedia secara percuma, dan risau jika tabiat ini diteruskan sehingga mereka dewasa.
“Bagi anak-anak saya, jika mereka mahu, saya suruh mereka pegang atau masukkan sendiri (barang) ke dalam troli, kemudian bayar di kaunter di hadapan mereka.
“Mereka perlu belajar bahawa segala sesuatu itu mempunyai nilai dan kos.
“Tapi hati mak ayah kena kental untuk disiplinkan anak-anak, insyaAllah lama-lama akan okay,” komen netizen.