SETIAP daripada semua mempunyai selera tersendiri.
Namun apabila meningkat dewasa, sikap toleransi perlu menjadi keutamaan dalam apa jua perkara.
Menerusi satu hantaran, seorang wanita meluahkan rasa geram apabila terdapat antara rakannya yang cerewet dan gemar memilih makanan sehingga menyusahkan orang sekeliling.
“Tak bolehlah dengan orang dewasa yang picky-eater ni.
Bercuti bersama rakan-rakan merupakan momen yang paling menyeronokkan. -Gambar hiasan AI
“Kalau budak kecil, aku boleh faham tapi ni orang dewasa… level dia sampai menyusahkan orang nak hidang.
“Bagi aku tak baiklah sebab orang dah hidang kemudian kau cakap itu tak makan, ini tak makan,” luahnya geram.
Paling merunsingkan apabila situasi tersebut berlaku ketika melancong ke luar negara atau ke kawasan yang berbeza budaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak cerewet, tapi wife asyik minta maaf setiap kali hidang makanan – "Ada yang nak jadi madu isteri saya"
ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu tengok habuk bawah pintu, grill dapur! Tuan rumah cerewet penyewa beri notis nak keluar, ramai syak helah nak ‘burn’ deposit
Perjalanan yang sepatutnya relaks dan menyeronokkan pasti menjadi stres kerana perlu mencari makanan yang sesuai dengan selera.
“Nak melancong pun memilih makanannya,” tambahnya lagi.
Bagi wanita ini, sebagai orang dewasa, sepatutnya setiap individu perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan apa sahaja situasi dan keadaan semasa.
- Dewasa yang picky-eater boleh menyusahkan orang sekeliling.
- Orang dewasa patut belajar bertolak ansur dalam bab makanan.
- Melancong jadi stres apabila perlu ikut selera picky-eater.
- Cuba makanan baru tak memudaratkan pun.
- Ramai picky-eater tetap hormat situasi dan pandai bawa diri.
Malah katanya, mencuba makanan baharu atau unik tidak akan menyebabkan seseorang itu jatuh sakit mahupun meninggal dunia.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial mengaku diri mereka cerewet dalam memilih makanan.
Pun begitu, mereka mengakui boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.
Ramai yang mengaku diri mereka cerewet dalam pemakanan.
“Saya pun memilih juga, tapi apabila duduk rumah sendiri atau makan seorang je, kalau kat tempat awam memang ‘terima’ je sebab tak mati pun.
“Saya tak makan dan minum sesetengah bahan sebab akan berangin perut, cuma sebagai menghormati tuan rumah, saya jamah la sedikit.
“Adik aku cerewet, kalau melancong dengan dia memang tak seronok sebab tak boleh makan macam-macam.
“Anak saya jenis picky-eater, tapi pandai bawa diri dan kalau kat rumah orang, dia makan je apa yang tuan rumah hidangkan,” demikian reaksi netizen.