RSS Suria

Makcik pandang serong, tuduh tuan kenduri kedekut catu makanan! Tak puas hati guna khidmat pramusaji, susah nak cedok lauk sendiri

MACAM-MACAMkerenah tetamu dapat ketika lihat ketika hadir di majlis keraian seperti kenduri kahwin.

Antara yang sering disebut-sebut adalah berkaitan makananyang dihidangkankepada para tetamu.

Tanpa mendedahkan lokasi dan tarikh majlis, seorang individu mendedahkan tentang rungutan seseorang berkaitan sistem penyediaan makanan di kaunter bufet.

Beraneka juadah disediakan untuk para tetamu. -Gambar hiasan

“Ada makcik ni, dia mengadu pergi majlis kahwin tapi makanan kena catu. Sebabnya ada pramusaji yang tolong cedokkan.

“Saya nak dengar pandangan orang ramai mengenal perkara ni. Salah ke majlis kahwin ada pramusaji tolong cedokkan?” kongsi seorang wanita mengenai sikap makcik berkenaan menerusi satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Tetamu tamak, ambil ‘food’ membukit tapi tak habis! Ramai setuju tuan rumah ‘catu’ lauk, dessert kenduri

ARTIKEL BERKAITAN:Tebalnya muka! Tetamu dimalukan tuan rumah, dah ambil kek disuruh letak balik… Nak makan ‘dessert’ rupanya bersyarat

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak mempunyai masalah sekiranya pramusaji yang melayan tetamu di majlis kahwin kerana ia dapat menjaga kebersihan makanan dan mengelakkan pembaziran.

“Saya okay je. Pergi majlis kahwin bukannya nak makan banyak, bukan tahap lapar teruk. Cuma bab ayam saya akan minta pramusaji tu beri saya bahagian paha. Okay je dia bagi.

Kalau bukan kendurikau, jangan buat macam kenduri sendiri.

NETIZEN

“Saya lagi suka ada orang tolong cedokkan, terutama nasi. Bayangkan berapa orang pegang senduk nasi lepas tu letak semula dalam tong nasi. Lepas tu jenis nasi kena cedok dalam lagi.

“Kalau nak lebih, minta jekat pramusaji tu. Lauk tu biar ada penghadang daripada percikan air liur bercakap,” demikian antara komen netizen.

Pengambilan makanan yang tidak terkawal dalam kalangan tetamu boleh mengakibatkan pembaziran. -Gambar hiasan

Pada masa sama, segelintir netizen turut menyuarakan pandangan bahawa tetamu seharusnya menghormati tuan rumah dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Selain itu, bagi mereka yang berpengalaman mengendalikan pelbagai majlis termasuk kenduri kahwin, pramusaji itu berfungsi untuk membantu kelancaran majlis terutama melibatkan jumlah tetamu yang ramai.

“Hak tuan rumah. Sedangkan makan di majlis tanpa jemputan adalah haram, maka tiada salah tuan rumah nak had atau bahagikan juadah.

“Cedokkan tu kalau barisan beratur terlalu panjang, untuk cepatkan barisan habis. Satu lagi kalau tetamu terlebih jemput, memang terpaksa cedokkan sebab ada sejenis tetamu cedok tak ingat orang belakang, lepas tu makan tak habis.

“Tak salah, yang mengadu tu yang salah. Datang kenduri orang tu ikut je lah aturannya. Kalau bukan kendurikau, jangan buat macam kenduri sendiri,” jelas komen netizen memberikan pendapat masing-masing.

Scroll to Top