RSS Suria

Malu anak tiri tak jaga adab masa raya, tapi wanita malas tegur! Risau famili mentua anggap dera – “Mereka geng bekas isteri suami”

MENDIRIKAN rumah tangga dengan pasangan yang sudah mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu bukanlah mudah, apatah lagi masyarakat mempunyaistigma negatif terhadapmereka yang bergelar ibu atau bapa tiri.

Akibatnya, ramai yang berasa serba salah untuk mendidik anak-anak tiri seperti darah dagingsendiri, kerana bimbang tindakan mereka disalah anggap sebagai penderaan.

Namun, jika langsung tidak ditegur, anak-anak tiri pula semakin besar kepala, membuatkanmereka bebas berkelakuan biadab termasuklah ketikaberada dikhalayak.

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak menjaga kelakuan ketika beraya. -Gambar hiasan

Begitulah kisah seorang wanita yang berkongsi cabaran membawa anak tirinya beraya ke rumah keluarga dan saudara-mara tatkala sambutan Aidilfitri.

“Anak tiri saya di kampung suami, hanya Tuhan saja yang tahu perangainya. Pergi beraya rumah orang, langsung tak tahu adab. Dia cakap ikut suka dia.

“Bayangkan, boleh menangis sampai sejam dua semata-mata nak mainan anak orang. Sampai semua orang tanya, Anak siapa tu? Kenapa melalak macam tu?”

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki terkejut anak tiri bawah umur galak ‘belanja’ BF foto tak senonoh… Dah tegur tapi tak jalan, siap dilabel orang luar!

ARTIKEL BERKAITAN:Anak tiri macam raja, pinggan makan pun malas basuh! Wanita nak lari rumah, hati mula rasa tak ikhlas

“Memang di kampung bapa dia, dia rasa ‘kebal’. Saya nak marah lebih-lebih nanti adik-beradik suami pula yang bising. Mereka tu geng denganbekas isteri suami saya.

“Tapi saya dah malas nak ambil peduli. Saya hanya kisahkan anak saya saja. Lantaklah dia! Bapadia pun tak pernah nak tegur anak dia tu,” ujarnya.

Mengakui timbul perasaan malu apabila anak tirinya tidak menjaga adab dan berperangai tidak senonoh, wanita itu berkata diaada kalanya hilang sabar dan terpaksa bertindak menghukum kanak-kanak itu.

Saya nak marah lebih-lebih nanti adik-beradik suami pula yang bising.

PENGADU

Malah, dia juga sudah beberapa kali menasihati suaminya agar lebih tegas dalam menegur anaksupaya belajar lebih beradab terutamanya apabila berada di rumah orang lain.

“Kalau dia buat perangai di rumah keluarga saya sendiri, memang sakit badan dia. Kena ‘kaw-kaw’ dengan saya, baru dia tahu. Situ jugalah saya sepit ketam dia.

“Balik rumah, saya terus mengadu pada suami. Saya cakap, kalau anak buat perangai, tegur saja walaupun depan orang. Kalau tak, nanti dia ingat pergi rumah orang tak apabuat perangai, orang tak marah,” tambahnya.

Komen netizen di media sosial.

Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan komen meluahkan simpati terhadap nasib wanita tersebut dan dalam masa yang sama menitipkan nasihat buat dirinyaapabilaberdepan situasi seperti itu.

Confirm serba salah kan sis nak tegur tapi anak tiri. Keluarga mentua pula suka dengan bekas isteri kepada suami. Kang cubit dia kata dera, yang patut main peranan penting si bapa.

“Memang payah bila kita nak menegur anak, ramai nak back up. Tak kiralah tiri ke tak. Kalau bawah jagaan kita, kitalah yang kena didik.

“Kita ni kadang sebagai mak tiri diluah mati mak ditelan mati bapa, tapi bila dibiarkan makin naik lemak,” antara komen netizen.

Scroll to Top