RSS Suria

Malu ayah pandu kereta buruk, anak suruh berhenti jauh dari sekolah… Tak boleh lupa kejadian ketika hujan lebat

RASA malu yang menebal menyebabkan seseorang itu akan melakukan apa sahaja bagi mengelak untuk berdepannya.

Seorang doktor terkenang kisahnya pada waktu kecil yang cukup malu dengan kereta bapanya.

“Masa kecil dulu, saya selalu rasa kereta ayah buruk. Bunyi kuat, aircond tak sejuk dan kadang-kadang malu kalau kawan nampak.

Kanak-kanak mudah berasa malu dan mudah merendah diri bila dengan rakan-rakan. -Gambar hiasanKanak-kanak mudah berasa malu dan mudah merendah diri bila dengan rakan-rakan. -Gambar hiasan

“Setiap kali dia hantar ke sekolah, sayaminta ayahberhenti jauh sikit. Saya tak mahu orang tahu itu ayah saya,” katanya.

Pada waktu itudia langsung tidak berasa bersalah terhadap bapanya hinggalah berlaku satukejadian.

ARTIKEL BERKAITAN:Mak ayah bagi amaran jangan balik raya pandu Perodua Alza, malu orang kampung label miskin!

ARTIKEL BERKAITAN:Pertama kali keluar ‘dating’, wanita marah-marah dijemput naik Myvi… Geram tiada Mercedes! – “Aku tak suka kereta ni!”

“Satu hari, hujan turun lebat masa balik sekolah. Saya tak bawa payung.

“Tengah tunggu, saya nampak satu kereta tua berhenti depan pagar. Lampunya menyala. Wiper bergerak perlahan.

“Apabila saya jalan dekat, rupanya ayah. Dia senyum dan cakap… ayah datang awal sikit, takut kamu basah,” imbasnya.

Ayah guna kereta lama, cat pun sembur sendiri, selalu juga jadi bahan gurau senda kawan-kawan.

NETIZEN

Doktor lelaki itu berkata, ungkapan bapanya pada waktu itu menyebabkannya terdiam dan sebak.

“Dulu saya malu dengan kereta tu tapi rupanya kereta itulah yang selalu datang waktu saya paling perlukan.

“Kalau kau pernah rasa macam ni dengan mak ayah kau, peluklah mereka selagi sempat,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Bagi netizen, mereka pernah melalui rasa yang sama dan menanam impian untuk memiliki kereta yang lebih selesa apabila dewasa.

“Dulu kereta ayah kereta lama, cat pun sembur sendiri, selalu juga jadi bahan gurau senda kawan-kawan.

“Saya juga terasa malu tapi tidak diluahkan. Namun pasang niatuntuk buktikan saya akan pakai kereta yang baik dan baru,” katanya.

Scroll to Top