TANGAN yang kotor mencerminkan keperibadian seseorang kerana sering dikaitkan dengan soal penjagaan kebersihan diri.
Namun bagi sesetengah orang, tangan yang penuh dengan kesan minyak gris dan kekotoran adalah lambang pengorbanan dan kerja keras demi kelangsungan hidup.
Bagi seorang wanita, hatinya tersentuh tatkala membaca perkongsian di media sosial yang mengkritik tanpa selidik tentang jari seseorang yang kelihatan kotor apabila menjamah makanan.
“Saya nampak satu hantaran, ramai orang kritik seorang individu ini kerana dianggap tidak bersih. Jarinya hitam, tidak basuh tangan, dan sebagainya.
Hantaran asal yang membuatkan wanita ini terpanggil untuk memberi pendapat.
“Melihat situasi itu, saya rasa tersentuh. Sebenarnya, bukan mereka tidak mahu basuh, tetapi memang tidak boleh hilang walaupun dicuci,” terangnya seakan faham akan situasi individu tersebut.
Kata wanita itu lagi, berdasarkan foto yang turut dikongsikan semula di sebuah grup di Facebook, individu berkenaan berkemungkinan adalah seorang mekanik, sama seperti suaminya.
“Suami saya juga seorang mekanik kereta. Dahulu dia juga sering dikritik dan diejek jari hitam dan kotor.
“Malah dia juga pernah ditanya… jari awak hitam macam ni, teman wanita awak tak kisah ke?,” ujar wanita terbabit.
Dalam hantaran sama, wanita berkenaan turut membandingkan tangan dia dan pasangannya yang masih mempunyai kesan gris dan minyak hitam.
Bagaimanapun bagi wanita itu, keadaan itu bukanlah sesuatu yang memalukan sebaliknya dia bangga dengan pengorbanan ditunjukkan suami dalam mencari rezeki untuk keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sebab kahwin dengan kau aku jadi macam ni!” – Suami ‘kaki mesin’ salahkan isteri, hidup merana diburu hutang… Kereta pun kena tarik
ARTIKEL BERKAITAN: Dah 6 tahun kahwin… Mekanik masih malu, jadikan ‘tangan berkarat’ sebagai isu! Isteri langsung tak geli, malah bangga
Malah, wanita itu beranggapan tangan yang kotor itu membawa makna lebih mendalam sebagai simbol usaha dan kasih sayang seorang suami terhadapnya.
“Sebenarnya dalam bidang mekanik kereta bukan sahaja jari jadi hitam, tetapi tangan juga sering terluka hingga penuh dengan parut.
“Saya rasa simpati terhadap dia, mana mungkin saya akan rasa jijik. Jari hitam itu bukan masalah bagi saya.
“Malah saya berasa bangga dengan dia kerana dengan tangan itulah dia bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang baik kepada keluarga kami,” katanya.
Cuba guna sabun serbuk basuh baju… 97 peratus kotoran hitam akan hilang.
NETIZEN
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut kagum akan ketelusan hati wanita tersebut dalam menghargai usaha dan pengorbanan suaminya.
Malah ramai dalam kalangan warganet memuji suaminya yang rajin bekerja untuk mencari rezeki.
“Tak ada masalah pun, janji rezeki halal yang masuk dalam perut anak bini dia.
“Untung dapat suami kuat dan semangat bekerja serta ada rasa tanggungjawab,” komen netizen.
Komen netizen di Facebook.
Bukan itu sahaja, sesetengah warga maya lain turut memberi cadangan dan petua untuk mencuci tangan supaya segala kesan kotoran tersebut dihilangkan.
“Cuba guna sabun serbuk basuh baju, 97 peratus kotoran hitam akan hilang.
“Saya mekanik juga. Saya jenis basuh tangan dengan sabun cuci pinggan. Siap kena gam silikon pun saya akan kupas-kupas dulu gam tu sebelum makan.
“Luka kena sabun dan pedih-pedih tu nikmat,” komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube