PENYANYI dan pelakon Mark Adam tidak terfikir untuk menukar kewarganegaraan kerana selesa dengan status sebagai penduduk tetap atau PR di Malaysia.
Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 47, berkata dia memegang status itu sejak 2008 selepas lima tahun melangsungkan perkahwinan dengan isteri yang merupakan warganegara Malaysia.
Kata Mark, status PR memberi kebebasan kepadanya untuk menetap sama ada di Malaysia atau Filipina tanpa sebarang syarat.
Mark sudah 24 tahun menetap di Malaysia.
“Saya sudah 24 tahun menetap di Malaysia dan selepas lima tahun berkahwin pada 2008, saya sudah memegangstatus PR.
“Tak dinafikan ada cakap saya boleh menukar kewarganegaraan Malaysia tetapi situasi sekarang saya memegang pasport Filipina dan memegang kad pengenalan PR di Malaysia.
“Apa yang bagusnya, saya boleh duduk di Filipina selama-lamanya kalau saya mahu.
ARTIKEL BERKAITAN:Peniaga lain ciplak Sate Bhalut, Mark Adam tak marah anggap rezeki cuma pinjaman
ARTIKEL BERKAITAN:Individu bagi reviu buruk bohong beli sate, Mark Adam sudah 2 hari tak berniaga
“Saya juga boleh menetap di Malaysia sampai bila-bila juga,” katanya kepada mStar.
Mark berkongsi perkara itu ketika ditemui di Raya Media Gathering by Suria Records yang diadakan di Suria Records Lab, Cheras Perdana, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Mark memberitahu sekiranya dia berhasrat untuk menukar warganegara, dia hanya boleh ke Filipina selama sebulan dan terpaksa pulang semula ke Malaysia.
Buat masa ini Alhamdulillah saya selesa dengan apa saya ada.
MARK ADAM
PENYANYI & PELAKON
Tambahnya, dia enggan mengambil sebarang risiko kerana tidak tahu perkara yang akan berlaku di kemudian hari.
“Tapi kalau saya tukar warganegara Malaysia, saya boleh balik ke Filipina selama satu bulan sahaja dan kemudian saya perlu keluar dari negara itu.
“Buat masa ini Alhamdulillah saya selesa dengan apa saya ada. Lagi pun kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan?,” ujarnya.
Mark dan Nor Azah bernikah pada 2003.
Untuk info, Mark berasal dari Cebu, Filipina dan berhijrah ke Malaysia pada 2001 untuk melebarkan kerjaya sebagai penyanyi.
Pada 2003, Mark mendirikan rumah tangga dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan seorang rakyat Malaysia.
Sebelum bernikah, Mark atau nama asalnya Marcus Adam Macaraig Enchivarre memeluk Islam dan mendapat taraf penduduk tetap pada 2008.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!