RSS Suria

Maruah dipijak pelakon lelaki, Harris Alif nekad ‘balas dendam’ di gelanggang tinju

PELAKON Harris Alif menyahut cabaran untuk bertanding dalam kejohanan tinju Asia Championship 2025 bagi menuntut bela selepas ahli keluarganya dihina seorang pelakon.

Bagaimanapun Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 26, enggan mendedahkan identiti pelakon itu walaupun telah menghina dia dan isteri iaitu pelakon Intan Ladyana di media sosial.

Katanya lagi, salah satu sebab utama dia bersetuju untuk menyertai perlawanan tinju itu kerana melihat aktor berkenaan turut serta.

“Sebenarnya ada orang yang mencabar saya tetapi individu terbabit melakukan ‘cabaran’ itu menerusi sesi siaran langsung.

Harris (kiri) tidak mahu keluarganya terbabit dalam kemelut yang berlaku.

“Saya rasa apa yang individu itu cakap pada sesi siaran langsung tersebut sangat sensitif sebab dia membabitkan isteri dan keluarga saya. Dia cakap saya berkahwin dengan isteri lebih tua, termasuk sentuh soal ibu saya.

“Mana saya nak letak maruah sebagai lelaki? Jadi bila saya nampak ada pertandingan All Stars Championship ini dan nama dia tersenarai, sudah tentu saya mahu sertai perlawanan ini,” katanya kepada mStar.

Harris berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media All Stars Championship yang diadakan di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Harris memberitahu punca salah faham itu berlaku ketika dia dan aktor berkenaan sedang menjalani penggambaran di Sarawak pada Ogos tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemu diberi watak pelajar sekolah punca Harris Alif jarang muncul di TV – "Saya sudah ada 2 orang anak"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Harris Alif terima banyak gambar tak senonoh, mujur isteri tahu ‘password’ media sosial

Kata Harris, dia menegur rakan artis yang dikenali sejak kecil itu kerana perubahan sikapnya dilihat kurang sopan.

“Sebenarnya ada kejadian yang berlaku di set penggambaran luar Kuala Lumpur kira-kira setahun lalu.

“Saya kenal dia daripada kecil, jumpa dia semula selepas sekian lama, tapi saya nampak dia sudah lain.

“Senang kata dia punya kelakuan sangat biadab. Kemelut ini berlaku apabila saya menegurnya tapi tiba-tiba dia mengamuk,” ujarnya.

Dia cakap saya berkahwin dengan isteri lebih tua, termasuk sentuh soal ibu saya.

HARRIS ALIF

PELAKON

Berang dengan reaksi diterima daripada individu terbabit, Harris berkata berlaku pergelutan antara mereka namun kedua-duanya sudah pun saling bermaaf-maafan.

“Saya pun manusia ada tahap kesabarannya. Bila dah jadi seperti ini berlakulah sedikit pergelutan.

“Tapi kes ini dah selesai kerana selepas pergelutan itu, kami bersemuka dan mengakui kesalahan masing-masing.

“Kami saling bermaafan. Dia pun kata okay, minta maaf siap menangis. Namun baru-baru ini tiba-tiba dia mengundang kemarahan saya di media sosial,” katanya.

Harris bakal berentap di Asia Championship 2025.

Dalam perkembangan lain, Harris bakal berentap dalam kejohanan tinju Asia Championship 2025 yang bakal berlangsung pada 18 Oktober depan.

Menurut penganjur, Datuk Abd Rahman Soltan, edisi kali ini menampilkan gabungan artis, pempengaruh media sosial dan atlet sekali gus menjadikannya sebagai satu acara merentas sempadan fizikal dan maya di platform media sosial.

“Kami mahu wujudkan satu budaya baharu di mana sukan bukan sahaja disaksikan tetapi dikongsi, diikuti dan diraikan dalam media sosial.

“Semua peserta harus bersedia. Kami akan melatih bukan hanya untuk bertarung tetapi membawa nilai-nilai disiplin, fokus dan tanggungjawab sebagai ikon sukan moden,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top