RSS Suria

“Mata jangan sampai naik putih!” – Ibu hamil datang KK buka buku ‘pink’ kali ketiga dimalukan jururawat, gurau lucah tak bertempat

SEORANG wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika hadir ke klinik kesihatan untuk membuka buku pink bagi kehamilan ketiganya.

Menurut wanita itu, dia secara tidak sengaja bertemu semula dengan jururawat yang pernah menjaganya semasa kehamilan anak pertama dan kedua.

Namun, pertemuan itu menjadi janggal apabila jururawat tersebut menegurnya dengan nada gurauan berbaur lucah.

Pasangan berumah tangga yang berhasrat melahirkan anak di hospital kerajaanwajib membuka buku pink di klinik kesihatan. - Gambar hiasanPasangan berumah tangga yang berhasrat melahirkan anak di hospital kerajaan wajib membuka buku pink di klinik kesihatan. – Gambar hiasan

“Dia cakap… mengandung lagi kau. Tu lah aku dah cakap, malam jangan tutup lampu, mata jangan sampai naik putih.

“Dia cakap kuat gila, dah la ramai orang," katanya yang berkongsi situasi memalukan itu di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong, saya takut" – Gadis gelabah hamil luar nikah, ramai suruh terus buka buku pink

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat menangis sambut kelahiran anak teman lelaki… Nama dalam buku ‘pink’ bongkar segala penipuan!

Wanita tersebut mengakui jururawat berkenaan sekadar ingin bergurau dengannya, namun situasi berkenaan tidak sesuai kerana di tempat awam dengan isu yang sensitif.

  • Ibu hamil terkilan selepas ditegur dengan gurauan berbaur lucah oleh jururawat klinik kesihatan.
  • Jururawat bergurau kuat mengenai kehidupan intim wanita itu, membuatkan dia rasa malu di khalayak.
  • Wanita itu hanya mendiamkan diri, enggan layan gurauan lucah.

"Saya rasa malu sangat. Mulut saya macam nak balas, akak tak payah melucah kat sini, saya tak suka.

“Tapi akhirnya saya diam saja. Malas nak layan,” katanya.

Anak-anak golongan paling gembira apabila ibu mereka hamil. -Gambar hiasan AIAnak-anak golongan paling gembira apabila ibu mereka hamil. -Gambar hiasan AI

Perkongsian ini menarik perhatian warga maya yang berpandangan ada segelintir pihak yang suka bergurau perkara lucah tanpa rasa malu.

“Aku pun sejenis yang tak suka orang cakap benda lucah-lucah ni. Dulu dekat pejabat ramai perempuan sembang bab lucah, bab suami semua.

“Aku tak boleh la rasa malu gila. Apabila nampak aku malu mereka kata… ala kau dah kahwin tak payah acah-acah suci,” katanya.

Scroll to Top