SEORANG ibu pasti menyayangi anaknya bagai menatang minyak yang penuh.
Namun apabila seseorang anak itu meningkat dewasa dan memasuki usia remaja, dia berkemungkinan melupakan pengorbanan yang dicurahkan si ibu yang mendidik serta membesarkannya.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan sikap anak remajanya yang kerap memberontak sejak kebelakangan ini.
Tidak wajar berlaku biadab terhadap ibu sendiri. -Gambar hiasan
Menurutnya, si anak cenderung melawan nasihat yang diberikan malah bertindak menyekat akses kepada akaun media sosial milik mereka.
“Kalau pasal anak ni, nyawa pun saya sanggup ganti. Tapi itulah, apabila anak sudah membesar, mereka mula menjauhkan diri. Siap sembunyikan status di media sosial daripada saya yang merupakan ibu mereka.
“Apabila saya cuba periksa telefon pintar, rupanya mereka sudah siap letakkan password untuk kunci skrin. Saya ni ibu awak, saya berhak tahu apa yang awak buat di belakang saya. Benda ni untuk kebaikan awak juga.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta diasingkan daripada suami di PPS, tak kisah derhaka! Geram sebab enggan pindah walau rumah nak tenggelam
ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz terkejut pendedahan ketua gengster, syarat nak jadi ahli kongsi gelap tak boleh derhaka dengan mak ayah
“Usia awak masih setahun jagung, risau awak buat perkara yang memperbodohkan diri sendiri. Saya ni bukan orang luar, saya yang melahirkan awak ke dunia ini.
“Waktu awak sakit sampai tak sedarkan diri dulu, saya yang berlari dukung bawa awak ke zon merah. Saya yang setia menemani dari permulaan hayat awak. Susahnya nak faham jiwa remaja ni,” luah si ibu.
Tambahnya lagi, dia mengalami kemurungan kerana mengenangkan perubahan sikap anaknya itu.
Nyawa pun saya sanggup ganti… tapi apabila anak sudah membesar mereka mula menjauhkan diri.
PENGADU
“Saya menangis hampir setiap malam, tergugat emosi dan mental. Terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat, sangat membantu untuk saya,” ujarnya menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya dilihat tersentak dengan curahan hati wanita berkenaan dan turut menginsafi perbuatan mereka terhadap ibu dan bapa masing-masing.
“Dulu waktu zaman remaja, saya tak nampak semua ni. Tapi apabila semakin matang, baru sedar betapa banyak saya buat salah dekat mak ayah dulu. Kini terbuka mata saya tentang hikmah di sebalik setiap larangan mereka.
Pelayar bertukar pandangan.
“Selepas baca luahan hati akak, saya terus call mak ayah dekat kampung, tiba-tiba rasa rindu dan serba salah pula.
“Kadang-kadang anak buat begini sebab mereka mahukan privasi. Saya pernah muat naik status pasal cinta dekat WhatsApp, saja suka-suka nak jiwang, sekali ibu terbaca, dia terus ‘basuh’ saya tentang benda lagha.
“Panas telinga saya mendengar, bermula daripada situ, saya terus sorok semua akaun media sosial daripada ibu. Bukan bermaksud saya benci dia, tapi saya nak jaga hubungan kami,” demikian kata pelayar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube