HANGAT diperkatakan mengenai isu hutang yang wajib dibayar, lebih-lebih lagi melibatkan selebriti dan usahawan popular.
Susulan isu hutang yang menjadi topik bualan ramai, seorang wanita tampil mendedahkan sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku pada bapa mentuanya.
Menurut wanita itu, kira-kira sedekad lalu bengkel milik bapa mentuanya didatangi seorang pelanggan yang menghantar keretanya yang rosak.
Kekangan kewangan menyebabkan seseorang itu terpaksa menangguhkan hutang. -Gambar hiasan
“Hari ini ada pelanggan lama bapa mentuaku itu datang bayar hutang. Bapa mentua dah baiki kereta dia lebih 10 tahun lepas.
“Ya, lebih daripada 10 tahun. Tiba-tiba dia tergerak hati nak bayar,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dah meninggal, individu mengaku rakan sekerja tuntut hutang 10 tahun lalu! Waris banyak soal, ragu-ragu nak bayar
ARTIKEL BERKAITAN: Adik hilang kerja, tak kenang budi kakak bantu selesai tunggakan pinjaman! 10 tahun tak bertegur, tiba-tiba suruh bayarkan baki loan 2K
Bagaimanapun tidak dijelaskan berapa jumlah hutang yang dibayar pelanggan itu kepada bapa mentuanya termasuk punca bayaran tertangguh selama lebih sedekad.
Mengakui terkejut, wanita itu berasa kagum dan memuji tindakan pelanggan berkenaan yang sedia melunaskan hutang lamanya.
Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.
NETIZEN
Menurutnya, setiap hutang sememangnya wajib dibayar tanpa mengira ia adalah baharu atau sudah lama tertunggak.
Pada masa sama, dia turut mendedahkan sebenarnya ramai pelanggan bapa mentuanya yang masih belum melangsaikan hutang.
Justeru, dia berharap mereka yang berkenaan turut mengikut jejak langkah pelanggan yang membayar hutang lebih 10 tahun itu.
Mekanik menjalankan tugas membaiki kereta yang mengalami kerosakan. -Gambar hiasan
“Baguslah kalau bayar. Ada banyak lagi hutang-hutang lapuk yang tak berbayar, semoga yang lain pun datang bayar.
“Tiada bab halalkan hutang, hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut,” katanya lagi.
Sementara itu, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum melangsaikan hutang adalah wajib ke atas setiap penghutang.
“Hukum melambatkan atau menangguhkan pembayaran hutang bagi mereka yang berkemampuan adalah haram.
“Bagi mereka (si penghutang) yang tidak mampu atau terpaksa menanggung kesulitan, adalah sebaiknya bagi pemiutang itu menangguhkan serta melambatkan proses melangsaikan hutang tersebut. Dan adalah lebih baik bagi pemiutang untuk menghalalkan sahaja hutang tersebut,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube