TINDAKAN sebuah akaun di laman X memuat naik semula video penyanyi Khai Bahar bersama seorang lelaki di dalam kereta mengundang pelbagai komen negatif netizen.
Bengang dengan pelbagai tuduhan tidak berasas itu, Khai atau Khairul Baharuddin, 31, menjelaskan lelaki bersamanya dalam video berkenaan merupakan adik iparnya.
“Tolong siasat sebelum nak cakap, itu adik ipar aku! Benaklah komen-komen pun. Ya terpaling tahu ni.
Khai hilang sabar apabila ada yang mendakwa dia menjalin hubungan dengan lelaki.
“Korang (netizen) ni tahu nampak sahaja, jom jumpa aku dulu kita minum kopi siasat depan-depan,” katanya.
Khai berkongsi perkara itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman berkenaan pada Isnin.
Dalam hantaran yang dimuat naik semula daripada akaun X Carta Pop Msia, Khai dilihat bergambar dengan seorang lelaki di dalam kereta dipercayai ingin keluar beraya bersama.
ARTIKEL BERKAITAN:Tayang badan makin sado, Khai Bahar tak boleh halang imaginasi pelik netizen
ARTIKEL BERKAITAN:Foto di gim undang komen nakal… Khai Bahar tak terkesan, silap sendiri post ‘mengundang’
Bagaimanapun, video perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang menganggap penyanyi lagu Bayang itu seorang lelaki homoseksual.
Menafikan dakwaan tersebut, Khai menegur individu yang disifatkan serkap jarang kerana menuduh tanpa mengetahui lelaki berkenaan merupakan adik iparnya.
Malah, Khai memberitahu sepanjang berada dalam industri seni ini, dia lebih selesa ditemani ahli keluarga jika mempunyai urusan pekerjaan.
Khai menegur individu yang membuat tuduhan tidak berasas.
“Kalau baca komen-komen semua tak kenal keluarga aku kan. Main cakap ikut suka hati. Aku ni keluarga banyak tolong kalau nak pergi mana-mana, malah kerja pun abang ipar aku jadi pembantu peribadi (PA).
“Tak mengapa, aku maafkan pemfitnah sebab korang (netizen) tak kenal aku kan dan tak perlu kenal. Tak penting pun.
“Terima kasih atas tuduhan, jangan sampai benda ini makin menjadi. Takut jadi lain,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!