GARA-GARA memakai pakaian menampakkan belahan dada pada sebuah acara tayangan filem, pelakon Melissa Campbell menerima komen-komen berbaur gangguan seksual.
Bagaimanapun, Melissa, 34, tidak tersinggung dengan perkara itu sebaliknya menganggap itu hanyalah ‘modal’ netizen untuk bersembang di media sosial.
“Ya saya perasan, tapi tak tersinggung pun dengan komen-komen tersebut.
Melissa tak tersinggung dengan komen lucah diterima.
“Itulah perkara akan jadi bila muat naik hantaran sebegitu.
“Di akhirnya mereka netizen mula perbualan di ruangan komen,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Mellisa juga berkata dia bukanlah orang cepat sensitif dan cepat terasa dengan komen buruk diterimanya.
Kata Melissa suaminya juga mempunyai pandangan sama dan hanya membiarkan sahaja netizen berkata-kata.
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Kyle tak letak syarat, Mimi Lana sedar perlu jaga batas selepas berkahwin
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Terima banyak komen lucah dan hinaan, Sophia Albarakbah sudah kumpul bukti bakal ambil tindakan
“Tidak, saya tak terasa malah kadang-kadang saya balas dan bersembang di ruangan komen itu.
“Saya ada rasa humor dan bukanlah seorang sangat sensitif.
“Suami pun rasa perkara sama dan biar netizen sahaja yang bercakap apa mereka nak cakap,” ujarnya.
Sebelum ini, Melissa memuat naik foto dia hadir ke malam gala filem Blood Brother mengenakan pakaian gaun berona hijau yang mencolok mata.
Ya saya perasan, tapi tak tersinggung pun dengan komen-komen tersebut.
MELISSA CAMPBELL
PELAKON
Pada perkongsian tersebut, terdapat beberapa komen yang berunsur lucah oleh segelintir netizen terhadap pakaian yang diperagakan Melissa.
Untuk rekod, Melissa berkahwin dengan lelaki pilihannya iaitu Winston Chew pada Oktober 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Malekai Chew yang kini berusia sembilan bulan.
Melissa antara pelakon dalam drama First Wives.
Dalam perkembangan lain, Melissa tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives.
Selain Melissa, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Mimi Lana, Malek Mccrone, Charles Robert, Zeera Azizi dan Andy Teh.
First Wives yang mempunyai lapan episod itu sudah mula ditayangkan sejak 11 April lalu menerusi platfrom penstriman On Demand, Astro GO dan sooka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!