PENGACARA Elly Mazlein masih memegang prinsip untuk tidak mendedahkan wajah anak-anak di media sosial demi menjaga privasi mereka.
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, berkata, tindakanitu dibuat bagi memberi kebebasan kepada Sefhia dan Haider Matten menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak biasa.
“Biarlah anak-anak membesar seperti orang biasa sebab saya tidak mahu mereka menjadi tumpuan.
“Saya ingin mereka (anak-anak) merasa hidup bebas. Taknaklah rasa mak dia artis atau selebriti.
Elly mahu anak-anak menjalani kehidupanseperti kanak-kanak biasa.
“Alhamdulillah sampai hari ini anak-anak saya sangat selesa dengan kehidupan mereka,” katanya kepada mStar.
Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Big Stage Alpha yang diadakan di 8 Studio by Metal Bees Technology Park, Damansara pada Khamis.
Ditanya mengenai rakan-rakan artis turut tidak mendedahkan wajah anak mereka di media sosial, Elly memberitahu masing-masing mempunyai hak berhak berbuat demikian.
Kata Elly, sekiranya tindakan itu mendatangkan kebaikan tidak salah jika tidak berkongsi kepada umum.
ARTIKEL BERKAITAN:‘Big Stage’ buat kelainan, tampil semua peserta lelaki
ARTIKEL BERKAITAN:Arwah adik Alisa sentiasa dalam ingatan Elly Mazlein… “Terlalu sekejap tapi sayang seperti seribu tahun”
“Apabila ada artis-artis lain membuat keputusan sama, mungkin itu terbaik untuk mereka. Teruskan.
“Tapi apa-apa pun hak masing-masing, ada sahaja artis dan orang biasa kongsikan anak mereka di media sosial.
“Namun bagi saya, saya gembira dengan keputusan yang dibuat untuk anak-anak,” ujarnya.
Elly bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana setiap kali membawa anak-anak keluar dari rumah, peminat menghormati caranya dan tidak mendedahkan wajah Sephia dan Haider di media sosial.
Saya ingin mereka (anak-anak) merasa hidup bebas. Taknaklah rasa mak dia artis atau selebriti.
ELLY MAZLEIN
PENGACARA
“Kalau saya bawa anak keluar, kebanyakan peminat sudah faham prinsip saya. Mungkin kerana mereka sudah lama mengikuti media sosial saya.
“Peminat menghormati, mereka memang tahu kalau saya muat naik foto anak-anak wajah akan ditutup dengan emoji.
“Jadi kalau mereka mahu memuat naik foto bersama saya, mereka akan blur wajah anak-anak saya,” katanya.
Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh pada Januari 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Haider, 4 tahun.
Elly lebih selesa untuk tidak berkongsi wajah anak di media sosial.
Sebelum itu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun berpisah pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Sara Sefhia, 8 tahun.
Dalam perkembangan lain, Elly dan pengacara Indonesia Rina Nose sekali lagi dipilih sebagai hos program Big Stage Alpha yang akan bersiaran pada 27 April ini di Astro Ria (saluran 104).
Big Stage buat julung kali menampilkan format ‘all-male spin-off’ bagi memberi saingan buat 18 bintang lelaki merebut peluang menjadi kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Astro.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!