RSS Suria

Memori lama tapi semangat baharu, Shila Amzah buat ‘comeback’ selepas 10 tahun tak bertanding di China

ENGGAN melepaskan peluang terbaik, penyanyi Shila Amzah sanggup menerima tawaran menyertai pertandingan nyanyian di China walaupun baru melahirkan anak kedua pada Mei lalu.

Bagi Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, penyertaan dalam program Singing With Legend adalah langkah untuk terus mengembangkan kerjaya seni di peringkat antarabangsa.

“Baby saya baru empat bulan dan badan pun belum betul-betul sihat. Kalau nak tunggu mungkin enam bulan atau setahun. Saya pula bersalin secara pembedahan.

shila 33

Shila teruja kembali bertemu peminat di China.

“Bila peluang ini datang, saya tak mahu lepaskan. Ini adalah langkah untuk meneruskan kerjaya saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Shila sebelum itu berkongsi berita gembira dia terlibat dalam program tersebut yang dijangka bakal ditayangkan pada pertengahan September.

Pernah mengikuti dua pertandingan di China sebelum ini, peyanyi ini juga menganggap tawaran ini sebagai kemunculan semula bertemu peminat di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah kembali ke China, sertai pertandingan ‘Singing With Legends’

ARTIKEL BERKAITAN: Belum habis pantang tapi Shila Amzah dah sedia sambung kerja… Bakal terbang ke China dan Hong Kong

Malah dia amat berbesar hati kerana diberi peluang oleh produksi dan stesen televisyen sama menerbitkan program Asian Wave yang disertai pada tahun 2012.

“Kali terakhir saya menyertai pertandingan di sana pada tahun 2015. Ini juga merupakan comeback saya selepas 12 tahun menyertai pertandingan pertama di China iaitu Asian Wave.

“Kali ini saya terlibat dengan stesen televisyen dan produksi yang sama. Banyak memori lama tetapi dengan semangat baru.

shila 22

Shila membawa harapan besar lakar kejayaan di China.

“Memang rasa teruja dan gemnetar. Sekian lama tidak kembali ke China, ini adalah comeback saya,” ujarnya.

Sebagai persediaan, Shila banyak melakukan senaman fizikal selain latihan nyanyian agar dapat memberikan prestasi terbaik sepanjang pertandingan.

“Beza rasanya menyanyi sebelum dan selepas melahirkan anak. Sebab itu saya selalu berlatih menyanyi walau tidak ada tawaran menyanyi. Kena biasakan diri menyanyi.

“Pertandingan ini memberi makna buat diri sendiri, suami dan anak-anak,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top