RAMAI wanita yang melangkah ke alam rumah tangga akan sedaya upayamenjadi isteri yang baik, malah turut berusaha mencuri hati keluarga mentua terutamanya ibu kepada suami.
Mereka akan menunjukkan rasa hormat, memberikan hadiah, menolong melakukan kerja rumah, menjaga adab dan sebagainya, tetapi malangnya ada juga yangdilayan dingin.
Demikian situasi yang dilalui oleh wanita ini sehingga dia banyak kali makan hati setiap kali pulang ke rumah mentuanya.
“Saya sudah berumahtangga selama 20 tahun. Selama saya menjadi menantu, memang saya ada prinsip dan cara saya sendiri untuk uruskan suami dan anak-anak.
Menantu dan mentua perlu saling menghormatiagar hubungan kekeluargaan sentiasa harmoni dan bahagia. -Gambar hiasan
“Ibu mentua beri saranan dan mahu saya ikut cara dia. Saya cuma akan dengar dan ambil mana yang saya rasa baik. Tetapi ibu mentua tetap tidak puas hati dengan saya.
“Jika datang ke rumah saya, matanya akan ligat cari bahagian rumah yang tak terurus dan akan cakap benda-benda yang menyakitkan hati. Tapi saya diam sahaja,” kongsinya.
Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu menambah, meskipun tidak menerima layanan seperti yang diharapkan, dia sedaya upaya cuba mengambil hati ibu mentuanya sepanjang bergelar menantu namun usahanya tidak pernah dihargai.
ARTIKEL BERKAITAN:Mentua buang kuih raya air tangan menantu, habis 6 balang tabur belakang rumah – “Biskut macam ni bagi itik jelah!”
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita jengkel mentua pantang tengok anak menantu senang! Pergi bercuti dianggap berduit, hari gaji laju mesej minta ‘bahagian’
“Tiap minggu saya ke rumahnya, segala tenaga dan waktu hujung minggu saya korbankan. Lebih dari 10 tahun, setiap minggu ke sana saya akan beli makanan.
“Tidak pernah saya tinggi suara atau memarahinya. Dan tahun lepas saya sudah tidak buat lagi sebab memang tidak dihargai.
“Dia akan menolak dan menyuruh saya bawa pulang. Saya tahu dia memang tidak puas hati dengan saya dari mula berkahwin. Adakah dia rasa saya telah ambil perhatian dan kasih sayang anak dia?” luahnya lagi.
Banyak yang saya pendam dari suami sebab saya tahu apa pun dia akan menangkan ibunya.
PENGADU
Tambah wanita berkenaan, kemuncak layanan dingin mentuanya amat ketaraketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini yang mana benar-benar meninggalkan kesan kepada dirinya.
“Setiap hari raya, saya akan mohon maaf tetapi tahun ini saya hairan kenapa dia sebut dia memang kecil hati dengan saya, berulang-ulang dengan nada yang kuat hingga adik ipar saya boleh dengar dan bertanya apa salah saya?
“Saya tidak tanya kenapa sebab saya tahu akan merumitkan keadaan malahan nanti saya dipersalahkan teruk, saya diam sahaja tetapi saya tertanya-tanya sampai jadi stres.
Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.
“Haruskah saya berhenti ke rumahnya setiap minggu, biarkan suami dan anak-anak sahaja pergi? Kenapa ibu mentua bersikap sebegitu? Adakah dia mencari perhatian? Umurnya sudah 70 tahun.
“Saya jadi stres setiap kali suami suruh saya ke rumahnya. Banyak yang saya pendam dari suami sebab saya tahu apa pun dia akan menangkan ibunya,” luahnya lagi.