RSS Suria

Menantu tempik mak mentua, bengang sibuk nak tidur bilik kelamin anak! Malam-malam bagi alasan pelik, nak rasa ‘aircond’

SETIAP kali mertua datang bermalam, ada sajadrama yang berlaku tidak kira berkaitan isu makanan, cara layanan sampailah ke hal bilik tidur.

Itulah yang terjadi pada seorang wanita ini apabila ibu mentuanya berkeras mahu tidur di biliknya dan suami ketika datang bertandang ke rumah.

“Ibu bapa mentua datang rumah konon nak tidur satu malam. Tapi nak tidur dalam bilik utama. Suami cakap tak boleh dan suruh tidur bilik tetamu tapi mak dia nak juga bilik tu sebab ada aircond (pendingin hawa).

Seorang wanita menceritakan mengenai sikap ibu mentua yang bermalam di rumahnya. -Gambar hiasan

“Suami cakap, mana ada orang tidur pasang aircond malam-malam. Mak dia kata bilik tetamu tu kecil, panas. Saya ni perhati je nak tengok akal mereka berdua.

“Suami saya kata bilik tetamu tu ada kipas. Pasang la nombor (tahap) tiga pun sampai pagi. Tapi mak dia suruh kami tukar bilik untuk satu malam,” ujarnya memulakan cerita.

Selepas pujukan anak lelaki tidak diterima, pengadu yang dalam keadaan mengantuk tersebut mula bersuara.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita dakwa mak mentua cuma tahu cari salah, anggap menantu perempuan pesaing! Ibu sendiri tiada tandingan

ARTIKEL BERKAITAN:Tragedi nasi ayam! Isteri merajuk tak mahu masak untuk suami, makin tawar hati dibandingkan pula dengan mentua

Namun menurut wanita itu, dia tidak menyangka kata-kata yang dilemparkan terhadap mentuanya ini kedengaran agak kasar.

“Orang gila mana yang malam-malam pasang aircond sampai ke pagi? Tulang tu kuat ke sejuk-sejuk?

“Menantu mak ni pun malam-malam pakai kipas je. Mak ayah tidur je la kat bilik tetamu tu, bukan suruh tidur dalam tandas pun!

“Semua (ahli keluarga mentua) terdiam kaku. Lepas tu saya rasa macam tersedar. Saya cakap dalam hati alamak mulut aku buat hal pula. Akhirnya, saya terus masuk bilik tidur,” katanya.

Cari jalan penyelesaian, pergi pasang aircond bilik tetamu juga… selesai masalah.

NETIZEN

Perkongsian tersebut ternyata menerima pelbagai respons selepas dikongsikan di media sosial.

Rata-rata netizen terhibur namun pada masa sama faham situasi ini memang boleh mencetuskan drama keluarga.

“Memang wujud manusia aneh. Perkara utama dekat sini, mentua dia pilih bilik kelamin sebab nak tidur bilik yang ada aircond. Mungkin rumah dia tak ada penghawa dingin jadi nak rasa apabila datang rumah anak.

Komen netizen di media sosial.

“Cuma bab-bab keluarga ni banyak kena jaga hati kalau tak nak gaduh dan bermasam muka. Cadangan saya dekat sini tak payah bergaduh sebab nama pun famili mentua, tetap keluarga kita.

“Cari jalan penyelesaian, pergi pasang aircond bilik tetamu juga. Selesai masalah sebab punca nak tidur dalam bilik ada aircond.

“Gaduh, kutuk dan marah pun rugi je sebab nanti jumpa juga. Pilihan kita nak masuk dalam keluarga aneh, kena hadap la,” komen seorang netizen.

Scroll to Top