RSS Suria

Mengidam naik UFO, menangis tak dapat hidu ketiak masam suami… Wanita minta ibu hamil solat taubat

KEBANYAKAN wanita biasanya akan mengidam untuk menikmati makanan atau minuman tertentu ketika mereka hamil.

Namun ada kalanya mereka mengidam sesuatu yang tidak masuk akal sehingga permintaan itu sukar untuk ditunaikan oleh suami.

Dalam satu hantaran mengenai topik itu di TikTok, seorang lelaki berkongsi kisah isterinya yang mengidam untuk menaiki objek terbang tidak dikenali atau UFO.

Permainan seperti ini biasanya boleh ditemui di pusat beli belah. -Gambar hiasan

Imbas lelaki itu, permintaan berkenaan sememangnya tidak masuk akal, namun dia tetap berusaha untuk memenuhi keinginan isteri kesayangannya.

“Isteri aku hamil anak sulung, enam bulan kot rasanya masa tu. Korang tahu apa yang dia nak? Dia nak naik UFO. Nangis-nangis nak naik UFO.

“Seminggu aku pening. Mana nak dapat UFO? Tiba-tiba dapat idea. Cakaplah kat bini aku, kat (pasaraya) Econsave ada permainan budak-budak. Nampak ada mainan UFO masuk token tu.

Suka bau ketiak suami yang baru balik dari kerja… nak yang masam-masam tu.

WANITA HAMIL

“Dah sampai situ, dia naik. Sumpah aku tengok muka dia happy sangat. Orang keliling tengok je. Aku peduli apa, janji bini aku happy,” kongsi lelaki itu.

Dalam hantaran sama, seorang lagi wanita berkata dia gemar menghidu bau ketiak suaminya ketika sedang mengandung.

“Nak bau ketiak suami yang baru balik daripada kerja. Nak yang masam-masam tu. Suatu hari tu, suami balik kerja dan dia mandi terus.

ARTIKEL BERKAITAN:Menantu mengidam nasi minyak, mentua tak reti masak! Sudahnya minta daripada tuan rumah buat ‘open house’, hantar tengah malam

ARTIKEL BERKAITAN:Dimaki sebab mengidam roti canai, sampai sekarang dendam dengan suami! Terbongkar ramai lelaki sanggup kasari isteri hamil

“Saya menangis teresak-esak sebab dah hilang bau. Saya sampai nak lari rumah sebab sedih. Tapi itulah, baby pun dah kat syurga,” kongsinya.

Di sebalik kisah-kisah yang dianggap menghiburkan itu, seorang wanita berkata golongan isteri tidak sepatutnya mengidam perkara yang bukan-bukan.

Malah, dia turut menasihati wanita yang mengidam benda pelik-pelik untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah.

Suami biasanya akan cuba memenuhi permintaan isteri ketika mereka hamil. -Gambar hiasan

“Nasihat saya, bagi yang teringin pelik-pelik, buatlah solat sunat taubat, istikharah atau apa saja yang boleh tenangkan hati kita.

“Minta pertolongan Allah. Kadang-kadang yang merapu minta tu bukan mengidam, ia keinginan nafsu sendiri sebab terfikir dalam kepala.

“Insya-Allah, doa yang baik-baik untuk kandungan kita,” pesan wanita itu.

Scroll to Top