SUDAHlebih seminggu kita berhari raya, namun media sosial masih meriah dengan perkongsian warga maya mengenai pengalaman menyambut Aidilfitri di kampung halaman.
Selain berkongsi momen gembira, tidak kurang ramai juga yang meluahkan rungutan mengenai kerenah ahli keluarga ataupun saudara masing-masing.
Dalam satu hantaran di laman X, seorang wanita turut berkongsi pengalaman kurang menggembirakan apabila pulang meraikan hari raya bersama keluarga mentuanya.
Persekitaran rumah yang bersih semestinya menenangkan minda. -Gambar hiasan
“Bengkak hati balik kampung beraya rumah mentua. Barang penuh, hoarders. Luar rumah macam reban ayam,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia menjadi lebih cerewet mengenai kebersihan persekitaran memandangkan mempunyai anak kecil yang semestinya mudah terdedah kepada risiko kesihatan.
ARTIKEL BERKAITAN:Keluarga ada ‘hoarding disorder’, individu sakan berkemas setiap kali raya… Buat demi ‘puaskan mata’ tetamu, tak mahu dicop pemalas
ARTIKEL BERKAITAN:Famili mentua suka ‘bolot’ suami, kawal giliran balik raya! Isteri malas layan drama, rela balik kampung asing-asing
“Aku ada baby lima bulan. Bilik banyaktapi tak ada satu pun elok untuk kami tidur anak beranak,” luahnya lagi.
Lebih membuatkan hatinya bertambah kecewa adalah apabila mengingati kembali kejadian ketika dia bersama suami tiba di kampung pada hari-hari terakhir Ramadan.
Sepatutnyabalik bantu kemas, orang tua bukan larat.
NETIZEN
“Mak mentua tak masak apa pun untuk berbuka masa kami sampai kampung pukul 6.45 petang. Suami muka dah tegang dengan mak ayah dia. Adik ipar ada pun sama,” luahnya lagi.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya namun rata-ratanya tampil dengan saranan dan nasihat agar wanita tersebut bersikap lebih realistikdan bukannya hanya tahu merungut.
Netizen tidak bersetuju dengan tindakan individu berkenaan.
“Self entitle betul nak kena hidang bagai apa semua. Engkau kalau malas sekali pun upahlah orang kemas bilik. Nak sedap lagi pasang aircond.
“Kenapa semua nak harap orang? Beli makanan berbuka sendiri dan belikan sekali untuk orang tua di kampung. Kalau tak selesa book je homestay atau hotel untuk tidur.
“Sepatutnyabalik bantu kemas, orang tua bukan larat. Takkan balik setahun sekali nak dilayan macam raja? Banyak cantik,” demikian antara komen netizen.