SETELAH sekian lama memendam rasa, seorang wanita membalas kata-kata ibu mentua yang sering menyindir dirinya.
Menurut rakan kepada wanita itu, dia menyaksikan sendiri perbualan WhatsApp mereka berdua yang disifatkan sebagai kasar.
Katanya, sindirian ibu mentua rakannya itu sangat tajam untuk seorang wanita yang baru melahirkan anak kembar melalui pembedahan dengan berat badan kini mencecah 87 kilogram (kg).
Mentua bermulut lancang boleh menyebabkan menantu terasa hati. -Gambar hiasan
“Mentua dia mulut lancang, lepas maki orang dia suka cakap ‘Umi orang Melaka, orang Melaka tak ada tapis-tapis’.
“Tadi mentua dia WhatsApp macam ni ‘Jah, kau kuruslah sikit. Badan dah macam badak Afrika. Laki kau lari nanti,” kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri rasa pelik diminta layan nafsu suami secara VC, makin tak selesa tinggal bersama mentua – "Saya di Pantai Timur"
ARTIKEL BERKAITAN: "Mereka perhati siapa makan banyak" – Wanita geli hati hadap perangai mentua kedekut durian, siap sorok dalam peti sejuk
Namun, rakannya itu yang selama ini hanya mendiamkan diri setiap kali disindir mentua membalas semula kata-kata ibu mentua dengan tegas.
“Dia balas ‘Alah umi, gemuk-gemuk saya pun, seminggu tiga hingga lima kali saya duduk atas muka anak umi.
“Dia tambah lagi, ‘Laki tak pernah pun kompelin saya berat, siap minta hari-hari lagi ada la,” katanya mengakui terkesima dengan jawapan itu, dipercayai merujuk kepada aktiviti seks.
Keluarga ayah saya pun orang Melaka. Cakap memang kasar tapi bukannya biadab.
NETIZEN
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet dengan ramai yang menyokong tindakan wanita itu menjawab semula sindirian mentuanya.
Netizen percaya setiap individu ada had kesabaran, lebih-lebih lagi untuk wanita yang emosinya belum stabil selepas bersalin.
Reaksi netizen
“Memang tiada adab ke waktu bercakap? Elok pun menjawab macam tu, mana boleh sabar.
“Aku pernah kena macam ni, pakcik aku cakap aku gemuk. Aku balas balik, makcik pun gemuk.
“Keluarga ayah saya pun orang Melaka. Cakap memang kasar tapi bukannya biadab. Suara je kuat macam tengah gaduh,” antara komen netizen.