SIAPA yang tidak sedih apabila usaha untuk mengambil hati ibu mentua langsung tidak dihargai.
Demikian juga dengan situasi wanita ini apabila kuih raya hasil air tangannya bukan sahaja terbiar sepi tidak berusik, sebaliknya dijadikan makanan itik peliharaan ibu mentua.
Menurut wanita berkenaan, dia menyediakan enam jenis kuih raya pada tahun ini dan tidak lupa untuk menyelitkan bahagian buat ibu mentuanya.
“Sehari sebelum raya, aku balik rumah ibu mentua sebab suami aku nak mesin rumput rumah mak dia. Sambil tu aku bawalah kuih raya yang aku buat. Jadi dia tak payah beli dah.
Hubungan antara menantu dengan mentua akan harmoni jika saling menghormati. -Gambar hiasan
“Aku bagi enam balang, ibu mentua berbunyi dan kata… pandai ke buat? Sedap ke kuih ni macam dekat kedai?.
“Geram sebenarnya tapi aku balas… takpe ambil je, mak jamu orang hari raya nanti, mak pun tak payah nak beli dah. Buang duit je. Macam itulah jawapan aku,” kongsinya.
Namun ketika berkunjung ke rumah mentuanya untuk beraya, wanita tersebut berkata kuih rayanya langsung tidak dihidangkan untuk tetamu sebaliknya dibiarkan di dapur.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita jengkel mentua pantang tengok anak menantu senang! Pergi bercuti dianggap berduit, hari gaji laju mesej minta ‘bahagian’
ARTIKEL BERKAITAN:Mak mentua dimaki ‘bodoh’ masa berbuka, wanita baru faham kenapa suami nak jadi lebih baik daripada bapa
“Aku ambil keluarkan, letak sekali atas meja. Bapa mentua aku makan je, ibu mentua aku je dia kata terlampau manis, keras macam batu, terlampau gebu dan tak layak dijual di kedai… menusuk jantung aku.
“Seminggu selepas raya, aku balik lagi rumah mentua. Sambil tu cari balang kuih aku, saja cari nak tengok habis ke tak. Aku tengok balang ada tapi kuih licin, balang tu semua terbuka.
“Tergerak hati nak tengok ibu mentua buat apa dekat belakang. Aku ajak husband, sekali sampai belakang… nohhh kuih aku jadi makanan itik,” kongsinya lagi.
Layanan orang pada masa sekarang penunjuk untuk kita buat keputusan pada masa akan datang.
NETIZEN
Meskipun terkejut bercampur sedih, dia masih bertanya dalam nada yang lembut kepada ibu mentuanya sama ada kuihnya sudah rosak sehingga tidak dijamah.
“Dengan senyuman angkuh mentuaaku jawab… masuk angin, biskutmacam ni bagi itik jelah, kalau bagi orang makan nanti sakit perut. Aku diam kaku sepatah apa tak balas. Aku terus melangkah ke depan rumah.
“Sebelum aku naik hantu, baik aku diam. Masa nak balik aku tak salam pun ibu mentua aku sebab sakit hati.
“Husband aku nasihatkan, lepas ni tak payah bawa apa dah bagi dekat mak ayah dia,” tulisnya lagi.
Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata semangat buat wanita berkenaan selain menyifatkannya bertuah kerana mempunyai suami yang faham dan menyebelahinya.
“Awak beruntung husband sebelahkan kamu, dia tahu mak dia ‘kureng’. Lepas ni awak just buat untuk diri awak je, tak perlu dah nak ambil hati dia (mentua).
“Lapan tahun kahwin, tak pernah masak rumah mentua, tak pernah bawa apa-apa untuk mentua. Nak tahu sebab apa? Sebab anak dia tak bagi nafkah.
“Layanan orang pada masa sekarang penunjuk untuk kita buat keputusan pada masa akan datang. So kalau buat apa-apa, beri kepada yang menghargai,” komen netizen.