SESIAPA sahaja pasti akan berasa tertekan apabila mengetahui diri sentiasa menjadi perhatian keluarga mentua.
Berdepan situasi sama, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dia dituduh menghabiskan duit suami kerana kerap melancong ke luar negara.
Padahal, katanya, setiap ‘percutian’ itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tempat dia bekerja.
Berbelanja bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. -Gambar hiasan AI
“Aku ada trip syarikat yang semuanya ditanggung penuh, termasuk suami dan anak-anak.
“Tapi selamba je mentua aku cakap yang berjalan banyak pakai duit.
“Dia suruh gunakan duit tu untuk menjenguk dia di kampung supaya dapat pahala,” ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah ziarah tangan kosong… Mesti bawa barang dapur, keperluan bayi! Lelaki syukur mentua faham susah anak, menantu
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua anggap orang Melaka ada ‘tiket’ boleh cakap kasar! Menantu baru bersalin ‘meletup’ dipanggil ‘badak Afrika’
Menurut wanita ini, dalam masa sama abang iparnya pula seolah-olah ingin bersaing apabila turut membeli kereta selepas melihat kenderaan baharu milik suaminya.
“Suami aku beli kereta, sebulan kemudian abang ipar pula beli jenama yang sama cuma dia ‘up’ lagi… contohnya, aku Axia tapi dia Myvi,” tambahnya.
Lebih mengejutkan apabila suaminya dituduh mempunyai hutang dengan abang ipar berkenaan.
Orang tua-tua ni nak perhatian anak-anak tapi itulah, caranya cari gaduh. Bertabah ya.
WARGA MAYA
Namun selepas diajukan tentang hutang berkenaan, ibu mentua dan abang iparnya hanya mendiamkan diri.
“Suami aku hadiahkan gelang emas sempena hari lahir aku, tiba-tiba mentua minta duit sebab katanya suami aku ada hutang dengan abang dia.
“Apabila suami tanya hutang apa, diam je, tapi suami aku bayar juga walaupun tak tahu,” katanya lagi sambil menambah mentua ternampak gelang itu ketika mereka menghadiri sebuah majlis kenduri bersama.
Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Meskipun runsing dengan situasi dialami, dia tetap menzahirkan rasa syukur kerana suaminya sentiasa berpihak kepadanya.
Di ruangan komen, warga maya meninggalkan pelbagai reaksi dan menceritakan pengalaman yang hampir sama.
Tidak kurang juga yang menasihatinya supaya tidak berkongsi kelebihan dan keseronokan di media sosial bagi mengelakkan rasa iri hati mentua.
“Jenis busuk hati tu, kesian dia… hidup tak cukup kasih sayang.
“Orang tua-tua ni nak perhatian anak-anak tapi itulah, caranya cari gaduh. Bertabah ya.
“Kalau perasan, mak lelaki mesti ‘problem’ sedangkan mak kita layan suami dengan baik.
“Kalau dah tahu keluarga mentua macam tu, pergi tayang di media sosial buat apa,” demikian antara reaksi warga maya.