SETIAP orang mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan minda selepas penat bekerja.
Ada yang lebih gemar bersendirian atau ‘me time‘, tidak kurang juga yang suka suasana meriah dengan kehadiran sanak-saudara atau rakan taulan.
Bagaimanapun, apabila sesuatu perkara dilakukan tanpa kerelaan, pastinya rasa tidak selesa menyelubungi diri.
Ramai mengalami tekanan apabila dipaksa melakukan perkara yang tidak digemari. -Gambar hiasan
Begitulah yang dirasai seorang wanitaselepas dia diminta menyimpanduit untuk bercuti bersama keluarga mentua.
Menerusi luahan di media sosial, dia mengakui berasa letih dan penat kerana terpaksa menyimpan setiap bulan bagi menunaikan ‘impian’ keluarga suaminya itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Menantu tempik mak mentua, bengang sibuk nak tidur bilik kelamin anak! Malam-malam bagi alasan pelik, nak rasa ‘aircond’
ARTIKEL BERKAITAN:Menantu berhenti ambil hati mak mentua, 20 tahun layan baik langsung tak dihargai! Siap buat ‘drama’ pagi raya
“Kumpul duit nak jalan-jalan sendiri, tak.
“Kena paksa kumpul duit setiap bulan untuk jalan-jalan dengan keluarga mentua, ya,” demikian luahannya.
Belajar cakap tidak walaupun ada potensi untuk dipulaukan.
WARGA MAYA
Pada masa sama, dia menyatakan tidak dapat berpatah balik dengan keputusan yang dibuat.
“Nak u-turn tak boleh dah, bukan tak boleh tapi nak ke u-turn tu sangat susah,” tambahnya seperti sedang kecewa.
Warga maya memberikan nasihat dan pandangan di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen balas, kebanyakan warga maya memintanya untuk bertegas dan tidak melayani permintaan keluarga mentua yang keterlaluan.
“Awak kena belajar untuk jadi hati kering dengan menolak orang ajak. Keluarga besar saya pun suka berjalan ramai-ramai tapi saya gemar keluar dengan keluarga kecil je… tak semua orang patut kita buat baik.
“Saya tak layan, senyap je tak payah balas apa-apa, kita buat bodoh, tak payah bayar apa-apa.
“Kalau sampai rasa tu beban, berhentilah. Hidup awak, awak yang tentukan dan jaga mental awak.
“Belajar cakap tidak walaupun ada potensi untuk dipulaukan,” ujar beberapa warga maya.