FASA kehamilan dan melahirkan anak merupakan pengorbanan terbesar bagi kaum Hawa.
Namun terdapat pula segelintir individu yang membandingkan kaedah kelahiran paling ‘berjasa’ sehingga membuatkan golongan wanita berasa bimbang jika terpaksa menjalani prosedur pembedahan caesarean.
Menerusi hantaran di media sosial, seorang pakar perubatan, Dr Raihana Ismail berkongsi kisah menyedihkan melibatkan pesakitnya yang menjadi mangsa sindiran keluarga mentua hanya kerana melahirkan anak melalui kaedah pembedahan caesarean (czer).
Setiap wanita mempunyai cabaran dan dugaan yang berbeza sepanjang tempoh kehamilan. -Gambar hiasan AI
Ujarnya, pesakit tersebut tanpa sengaja terdengar ibu mentuanya berkata sinis, menganggap dia seolah-olah ‘terlepas’ rasa sakit semasa melahirkan anak.
"Menantu saya ni kena juga bersalin normal. Kesian anak saya, dia kahwin dengan perempuan yang tak berasa susah payah lahirkan anak,” demikian ungkapan ibu mentua pesakitnya.
Menurut doktor berkenaan, kata-kata tersebut menyebabkan pesakit rasa terhina, seolah-olah melahirkan anak secara czer tidak dianggap sebagai satu bentuk pengorbanan.
ARTIKEL BERKAITAN: 3 kali bersalin, wanita tak sangka keempat paling mendebarkan… Suami jadi bidan terjun sambut anak lahir di rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bersalin awal diberi surat tunjuk sebab… Pengurus tak puas hati gagal siapkan kerja sebelum cuti panjang
Mengulas isu tersebut, Dr Raihana menegaskan bahawa keputusan untuk melakukan pembedahan bukan sesuatu yang dibuat dengan mudah atau suka-suka.
"Dia (ibu mentua) nak main siapa punya koyak lagi luas, lagi tinggi pengorbanan beranak ke?
"Apabila doktor decide untuk czer, orang luar terus buat andaian kata nak cepat, nak senang, nak duit lebih.
"Habis tu, nyawa mak dengan anak tu tak penting ke? Korang ingat doktor ni tengah main potong-potong kek?" ajunya dalam perkongsian tersebut.
- Pesakit dihina sebab bersalin secara czer.
- Doktor buat czer demi selamatkan nyawa, bukan suka-suka.
- Stigma czer kurang ‘berjasa’ masih berleluasa.
- Czer prosedur besar, risiko tinggi dan ambil masa pulih.
- Ramai netizen sokong dan kongsi pengalaman sama.
Beliau turut menyuarakan kekecewaan terhadap tanggapan negatif masyarakat yang masih menganggap kelahiran secara normal lebih ‘mulia’ berbanding czer.
Jelas beliau lagi, keputusan untuk melakukan pembedahan lazimnya dibuat terhadap kes berisiko tinggi demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.
“Contohnya, bayi dah keluar separuh kepala dan tiba-tiba doktor putuskan untuk pembedahan kecemasan.
“Kenapa? Sebab jantung bayi dah mula drop, oksigen tak cukup atau kadang-kadang tali pusat terlilit dan pintu rahim tak buka tapi bayi tersekat.
Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.
“Doktor bukan nak ambil komisen setiap kali potong perut tau, kalau boleh dia pun nak elak sebab czer tu prosedur besar, risiko tinggi dan ambil masa penyembuhan,” jelasnya lagi.
Perkongsian doktor terbabit mendapat sokongan warganet yang turut menyuarakan pengalaman sama, serta menyeru agar stigma terhadap kelahiran czer dihentikan segera.
“Masa pregnant dulu, baby overdue dan besar, bagitahu suami nak czer sebab takut tak mampu nak teran dan masa sampai hospital pun tak ada bukaan, menangis nak czer tapi doktor marah suruh teran je.
“Mak saya lapan kali bersalin normal tapi apabila anak dia nak beranak, dia kata kalau tak boleh normal, czer je tak payah dengar cakap orang.
“Makcik ingat terbaring atas meja bedah tu senang ke haa? Tolong cucuk ubat bius separuh badan kat makcik tu,” demikian reaksi warga maya.