APABILA sudah berkahwin, pasangan suami isteri pastinya mahukan kehidupan yang tenang dan privasi.
Maka tidak hairanlah, rata-rata mereka membuat keputusan untuk tinggal berasingan daripada ibu bapa dan keluarga masing-masing.
Biarpun tinggal menyewa, namun apa yang lebih penting bagi mereka adalah ketenangan hidup berumah tangga.
Setiap pasangan suami isteri mengimpikan rumah tangga yang bahagia. -Gambar hiasan
Namun, seorang wanita membuat luahan perasaan mengenaikediaman yang disewanya bersama suami tetapi sering dikunjungiibu dan bapa mentuanya.
“Ada tak yang macam aku? Anak-anak bagi kunci rumah kepada mak ayah? Ya, suami aku bagi kunci rumah ye dekat mak ayah mentua.
“Kalau masa kecemasanokay je tiba-tiba mak ayah nak datang. Tapi, rumah sewa kami tu dah jadi tempat persinggahan mentua. Tak selesa ye,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita sedih mentua tak layan mak ayah masa open house, besan lain ‘title’ profesor diajak bergambar – “Panggil buat tak dengar”
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita syukur dapat mentua penyayang, ambil berat kebajikan besan… Tiap kali raya suruh utamakan mak ayah sendiri
Katanya, sudahlah dia tidak selesa dengan tindakan suami,ibu bapa mentua jugasering membuat ‘kejutan’ datang ke rumah secara tiba-tiba.
“Mereka datang masa kami keluar bekerja.Kadang kita penat balik rumah tiba-tiba tengok eh ada mak ayah mentua. Tak kan kita nak duduk saja lepak dalam bilik kan?” ujarnya.
Selain sentiasa berasatidak selesa, hubungannya bersama suami juga sering bermasalah gara-gara kehadiran ibu bapa mentua di rumah mereka tanpa mengira masa.
Walaupun itu rumah anak kita, tetap kita kena tanya dulu.
NETIZEN
Apa lebih membimbangkannya adakah perkara sama akan berlaku apabila mereka berpindah ke rumah sendiri tidak lama lagi.
“Memang ini jadi punca pergaduhan aku laki bini. Sampai aku warning (beri amaran) pada laki aku supaya jangan bagi kunci rumah kami (rumah sendiri) nanti.
“Memandangkan lokasi rumah kami beli tu dekat dengan rumah kakak ipar, jadi dah tak ada alasan lagi dah,” katanya lagi.
Sikap mentua yang tidak bertimbang rasa boleh menyebabkan konflik antara suami isteri.-Gambar hiasan
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat isu initidak timbul sekiranyakunci rumah diberi kepada ibu bapa mentua mendapat persetujuan suami isteri.
Pada masa sama, mereka juga berharap ibu bapa si suami menghormati privasi anak dan menantu, dan bukannya ‘terjah’ ke rumah tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.
“Sebenarnya kena ada persetujuan antara awak dengan suami sebab rumah ni privasi. Ada masa-masa suami isteri tak sedia untuk orang datang secara tiba-tiba.
“Mak pak mentua, hormatlah privasi anak menantu. Kalau nak ke sana pun, beritahulah dulu. Walaupun itu rumah anak kita, tetap kita kena tanya dulu,” demikian antara komen netizen.