RSS Suria

Menyesal bagi penyewa ‘rasmi’ rumah teres baru beli, pemilik sayu unit dilingkupkan! Sewa tak sampai 2 tahun

SIKAP sambil lewa segelintir penyewa rumah menjadi salah satu sebab mengapa perlu diwujudkan kontrak sewaan di antara golongan tersebut dan pemilik kediaman.

Perjanjian yang disepakati sekurang-kurangnya akan menjadikan rumah yang disewa dijaga dengan baik selain memastikan pemilik tidak menanggung kerugian akibat kecuaian penyewa.

Menerusi hantaran di laman x, seorang individu berkongsikan pengalaman buruk yang dialami selepas kediamannya dijadikan rumah sewa.

Malah katanya, rumah tersebut adalah unit baharu dan masih belum pernah diduduki sesiapa termasuklah keluarganya sendiri.

Tompokan cat memenuhi lantai jubin di rumah berkenaan.

Tompokan cat memenuhi lantai jubin di rumah berkenaan.

“Rumah ni aku tak pernah duduk, dia orang pertama ‘rasmi’… setelah satu tahun lebih menyewa, tiga bulan terakhir dia tak bayar sewa. Jadi aku hantar notis tamat kontrak.

“Masa mula-mula nak masuk menyewa dulu, bukan main lembut lidah cakap nak buat itu ini, tapi cakap tak serupa bikin,” luahnya.

Menurut lelaki ini, selain isu bayaran sewa, dia juga dikejutkan dengan jumlah tunggakan bil elektrik dan air yang mencecah RM3,000.

“Dia duduk berapa orang kat rumah pun aku tak tahu. Masa tandatangan perjanjian, suami isteri dan dua orang anak je.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa banglo 10 bilik lesap! Tinggalkan tunggakan RM58,000, guna taktik pindah berperingkat

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik, macam syaitan duduk! Ejen dedah tahap pengotor penyewa sukar diterima akal, laki perempuan sama saja

“Tapi bil elektrik sampai RM2,200, bil air pula RM593… aku duduk dengan isteri pun selalu bil air tak sampai RM20 sebulan sampai aku cakap yang dia ni buka car wash kat rumah tu,” ujarnya lagi.

Lebih menyedihkan apabila rumah baharu tersebut ditinggalkan dalam keadaan yang teruk dan mempunyai kerosakan kekal pada dinding.

Malah terdapat kesan plaster simen yang tidak kemas pada pintu hadapan rumah berkenaan, dipercayai jenis teres.

Jahatnya, aku pun penyewa juga tapi nak buat lebih kurang risau sebab rumah orang. Kalau apa-apa jadi kena ganti.

WARGA MAYA

“Dia tak guna wallplug pun untuk gantung hiasan di dinding, hanya guna paku… habis rosak simen tu.

“Bayangkan rumah ni baru je siap dan masih dalam waranti pemaju, tapi dia tebuk dinding tu.

“Rumah ni memang cat asal warna putih, tapi dia catkan kuning. Memang dalam perjanjian boleh cat rumah tapi apabila keluar kena ubah kepada warna asal,” tambahnya lagi.

Disebabkan syarat yang dikenakan itu, ujar lelaki ini, penyewa tersebut ‘mengembalikan’ warna asal dinding kepada putih.

Bagaimanapun, sikap buruk penyewa menyebabkan lantai jubin rumah dipenuhi tompokan dan kesan titisan cat yang sukar ditanggalkan.

Tunggakan bil utiliti penyewa terbabit.

Tunggakan bil utiliti penyewa.

Bukan itu sahaja, rangka pintu serta suis perkakas elektrik turut terkena sapuan cat sehingga menyebabkan ia kelihatan tidak kemas dan mencacatkan pandangan.

“Bahagian dapur lagi jahanam. Aku bukan main buat dua sinki untuk dapur kering dan basah… dia buang satu. Rumah ni macam rumah kongsi tapi keluarga yang duduk.

“Tandas pun sama. Aku tak faham masalah dia ni, mungkin memang tak sayang barang, tapi mujur aku buat perjanjian dari awal.

“Alhamdulillah berjaya halau keluar dan dia bayar hutang keseluruhan dalam RM8,000 tu sikit-sikit, baki hutang belum settle RM500 lebih.” katanya.

Warga maya turut berkongsikan pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsikan pengalaman masing-masing.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya mengkritik penyewa kerana tidak pandai menilai baik buruk sesuatu perkara sebelum bertindak.

“Aku pun menyewa, kalau nak buat apa-apa seperti tebuk dinding atau wiring dan pasang penyaman udara sekali pun kena dapatkan kebenaran pemilik. Tak berani buat macam rumah sendiri.

“Tak logik satu bulan punya bil sebab tu aku bila bayar sewa, aku hantar resit dekat pemilik walaupun dia tak minta. So far, pemilik baik sangat mungkin sebab aku pun selalu jujur dengan dia.

“Jahatnya, aku pun penyewa juga tapi nak buat lebih kurang risau sebab rumah orang. Kalau apa-apa jadi kena ganti… tak faham penyewa yang berani buat macam dia pemilik ni,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top