RSS Suria

Menyesal baik hati bagi pinjam duit, kawan tunjuk ‘lifestyle’ mewah liat bayar hutang – “Saya pula kena mengemis”

TIDAK dinafikan amalan berhutang dengan orang terdekatseperti adik beradik, saudara mara dan sahabat sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hari ini.

Bagi seorang wanita, dirinya sering menjadi sasaran rakan-rakanuntuk meminjam wang setiap kali mereka keluar bersama.

Pada awalnya, diatidak begitu peduli dengan perkara inikerana mengaggaplumrah dalam bersahabat untuk saling bantu-membantu.

Namun, lama-kelamaan dia mula menyedari kebaikannya diambil kesempatan apabila hutang-hutang tersebut tidakdilangsaikan, malah menjadi semakin bertimbun.

Isu hutang boleh menyebabkan hubungan persahabatan berantakan. -Gambar hiasan

“Biasalah bila kita dengan kawan, seorang akan bayar dahulu kemudian bayar semula kepada dia. Awal-awal tu tiada masalah.

“Lama-lama dia mula minta tolong untuk bayar atau transfer daripada berpuluh kepada beratus padahal hutang dahulu pun tak selesai lagi!

“Saya tak berkira langsung sebab dia kawan saya memang bagi saja dia guna duit tu. Tetapi, dia bayar hutang dua kali dalam setahun dan itu pun tak sampai 10 peratus.

“Dia jenis tak rekod apa yang dia pinjam, saya pula kena senaraikan dan ‘mengemis’ kepada dia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda menyampah hadap perangai kawan tiap kali disuruh ‘transfer’ duit bayar hutang, banyak alasan pelik!

ARTIKEL BERKAITAN:Buat loan 60K bantu langsai hutang sahabat, tapi pengorbanan tak dihargai… Pemuda ini merana bayar bulanan bank

Apa yang lebih menjengkelkan, rakan tersebut tanpa rasa malu sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial meskipunhutang keliling pinggang.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya apakah dia benar-benar tiada duit atau sengaja ‘liat’ untuk membayar semula wang yang dipinjam.

“Dekat media sosial kongsi gambar pergi kafe, konsert dan shopping tetapi orang tak tahu bila keluar, dia guna duit saya!

“Dia ada saja elaun belajar dalam RM1,000 sebulan, jadi apa yang buat dia tak boleh bayar semula duit saya? Takkan saya pula yang nak keluar duit saya untuk tampung lifestyle dia.

“Bila saya beli barang baru, saya tak tunjuk sangat sebab takut dia ingat saya banyak duit dan nak pinjam lagi dan lagi,” ujarnya.

Dia jenis tak rekod apa yang dia pinjam, saya pula kena senaraikan dan mengemis kepada dia.

PENGADU

Menerusi ruangan komen, netizen memberi pandangan dan reaksi masing-masing mengenai hal yang dibangkitkan pengadu.

“Abaikan dia kalaudia nak pinjam duit, lebih baik putus saja kawan. Tak rugi pun hilang kawan macam ini!

“Kalau keluar, suruh dia bayar dan cakap tolak hutang dia. Bagi dia beringat tentang hutang tu semua.

“Padan muka, yang kau bagi kenapa? Orang suka berhutang ini bukan sebab susah tapi memang tabiat,” komen netizen.

Scroll to Top