APABILA usiameningkat dewasa, setiap anak pastinya mahu berbakti kepada kedua orang tua mereka.
Namun, ada segelintir anak yang terpaksa hidup menderita gara-gara menanggung beban kewangan keluarga.
Rumah tangga seorang wanita diuji apabila mendakwa ibu bapa mentuanya mengambil kesempatan terhadap suaminya.
Masalah kewangan seringmenjadi punca keretakan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan
“Saya dah kahwin, ada anak. Dah kahwin lapan tahun. Masalah kami dengan mak dan bapa mentua. Terlalu banyak minta duit.
“Mak mentua minta RM100,000 personal loan atas nama suami. Janji nak bayar, tapi dah 12 tahun tak pernah bayar,” luahnya di media sosial.
Dakwa wanita itu lagi, mentuanya turut menghabiskan duit untuk menyertai skim cepat kaya.
Rumah suami beli tapi mak ayah dia duduk. Kami pula menyewa.
ISTERI
Lebih menyedihkan, dia dan anak-anak terpaksa menyewa gara-gara tidak dapat menetap di kediaman yang dibeli suaminya sendiri.
“Episod pinjam duit dengan jumlah banyak berulang-ulang tak berhenti. Tahun lepas bapa dia pinjam RM14,000. Kata nak buat projek, rupanya masuk skim cepat kaya.
“Kali ini, kereta rosak, suruh lagi suami saya betulkan kereta. Rumah suami beli tapi mak ayah dia duduk. Kami pula menyewa,” kongsinya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Mentua ada ‘hoarding disorder’, rumah macam reban ayam… Bilik tidur pun penuh barang! – “Suami muka dah tegang”
ARTIKEL BERKAITAN:Mak mentua angau dengan laki Bangladesh… Anak, menantu buntu kubur arwah bapa masih merah, idah belum habis
Tangkap layar luahan wanita itu dikongsi oleh seorang individu menerusi platform TikTok sehingga tular.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib keluarga berkenaan.
Malah, ada yang memberi cadangan supaya wanita itu dan suaminya tidak terlalu mengikut telunjuk orang tua.
Simpanan perlu diuruskan dengan baik menerusi perancangan kewangan. -Gambar hiasan
“Memang ada yang inginkan anak-anak berbakti melebihi kemampuan. Berpada-padalah. Kita juga ada tanggungjawab.
“Perlu ada had dan batasan. Kena jaga hati dan perasaan sendiri. Kita pun nak hidup tenang.
“Baik kau pulangkan suami kau dekat mak ayah dia,” komen netizen.