RSS Suria

“Mereka tak tahu cerita sebenar…” Saidah Kamarudin malas layan sindiran rakan artis

TERUK disindir rakan seindustri susulan isu perpisahan dengan bekas tunang, pelakon Saidah Kamarudin memilih untuk tidak ambil peduli terhadap perkara itu.

Menurut Saidah, 29, dia memahami segelintir pihak mungkin tersilap menilai kerana tidak mengetahui keseluruhan kisah sebenar yang berlaku antara dirinya dengan aktor Muntazar Ghufran.

"Saya tak ambil hati sebab mereka tak tahu cerita sebenar, cuma tahu secebis saja. Kalau saya berada di tempat mereka pun, mungkin akan fikir perkara sama," katanya kepada mStar.

Saidah sudah melupakan semua kisah lepas.

Saidah ditemui ketika menghadiri acara Malaysia Bridal Fashion Week 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Pelakon drama Rajuk Karina itu mengakui ada terasa dengan beberapa sindiran yang dilemparkan, namun memilih untuk tidak membesarkan isu memandangkan dunia seni tanah air sangat kecil.

“Siapa yang tidak terasa hati apabila kena sindir, tapi saya fikir industri kita ini kecil saja. Lambat-laun akan bertemu juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh kaki kikis, Saidah Kamarudin berani tepis fitnah dengan bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamarudin buat laporan polis, dakwa TikTok digodam bekas tunang

“Jadi saya buat tak tahu dan teruskan macam biasa,” ujarnya.

Dalam masa sama, Saidah turut memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang berhubung isu perpisahannya yang pernah menjadi bualan netizen sebelum ini.

Kata Saidah, tindakan tersebut diambil demi mempertahankan diri serta menjaga nama baik keluarganya.

Tak semua orang tahu apa yang sebenarnya berlaku.

SAIDAH KAMARUDIN

PELAKON

“Setakat ini saya dah lantik peguam. Kalau ada apa-apa, boleh terus rujuk kepada mereka. Saya pun dah move on, jadi tak nak ulas panjang,” jelasnya.

Ditanya sama ada kontroversi tersebut menjejaskan emosinya, Saidah mengakui trauma namun memilih untuk tidak terlalu mengambil kisah dengan pandangan orang luar.

Dia juga berharap ia tidak memberi kesan kepada perkembangan kerjayanya.

Saidah serah semua perkara kepada peguam.

“Memang trauma, tapi saya pilih untuk tak tengok sangat komen-komen di media sosial. Saya jalani hidup macam biasa sebab tak semua orang tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Cuma saya harap perkara ini tak ganggu rezeki lakonan saya,” katanya.

Pada Jun lalu, ketika ditemubual mStar, Saidah mendakwa bekas tunangnya hanya mempunyai RM500 di dalam bank sekali gus menganggap aktor berkenaan tidak layak untuk berkahwin.

Muntazar dan Saidah bertunang tak sampai setahun.

Bagaimanapun, Muntazar menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia menyimpan wang dalam bentuk pelaburan.

Untuk rekod, Saidah dan Muntazar mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas berkenalan lebih setahun.

Namun pada Mac lalu, pasangan ini mengumumkan mereka membawa haluan masing-masing sejak Oktober 2024.

Scroll to Top