SEORANG lelaki terkejut apabila perkhidmatan cuci kereta di sebuah pusat mencuci kenderaan di Johor Bahru, Johor mengutamakan kenderaan dari Singapura.
Dakwa lelaki itu, premis yang dijaga pekerja asing tersebut menolak permintaan pelanggan tempatan untuk mencuci kenderaan di situ.
Menurutnya, selepas meminta penjelasan mengapa keretanya tidak boleh dibersihkan, pekerja terbabit hanya mengatakan dia hanya mengikut arahan.
Kehadiran pelancong yang berbelanja meningkatkan pendapatan negara. -Gambar hiasan AI
“Aku suruh dia cuci kereta aku luar dalam, dia minta maaf sebab terima kereta Singapura sahaja.
“Aku cakap kat dia ni Malaysia, bukan Singapura, dia suruh aku tanya bos dia,” kongsi lelaki itu di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Warga Singapura dikesan ‘cop’ tempat cas EV percuma… Turun kereta halang ‘abang Tesla’ sedang undur masuk stesen pengecas
ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati hubungan putus di tengah jalan, lelaki Malaysia sebar video intim 10 minit dengan GF Singapura
Tambahnya, situasi itu menyebabkan pemilik premis kemudian datang kepadanya untuk menjelaskan keadaan.
Lebih mengejutkan, pemilik pusat cucian memaklumkan bahawa semua slot pada hari tersebut telah ditempah oleh pelanggan dari Singapura.
- Seorang lelaki di Johor Bahru kecewa selepas pusat cuci kereta hanya menerima kenderaan berplat Singapura.
- Pekerja asing di premis tersebut memaklumkan bahawa mereka hanya ikut arahan majikan.
- Pemilik premis menjelaskan semua slot hari itu telah ditempah oleh pelanggan dari Singapura.
- Lelaki itu rasa tidak dihormati sebagai pelanggan tempatan di negara sendiri.
- Netizen berkata situasi ini biasa kerana peniaga lebih utamakan pelanggan Singapura yang bayar guna mata wang lebih tinggi.
"Boss dia cakap… sorry, actually ini hari semua Singapore car sudah masuk Malaysia, so they already book whole day,’" imbas pengadu lagi.
Walaupun menerima penjelasan berkenaan, lelaki itu meluahkan kekesalan kerana pekerja asing di premis tersebut seolah-olah tidak menghormati pelanggan tempatan dan memberikan layanan tidak wajar.
"Aku tanya balik… tapi itu Bangladesh cakap only for Singaporean car? Boss jawab… pelanggan kami memang ramai dari Singapura, sorry ya boss," tambahnya.
Reaksi netizen
Warga maya berpandangan insiden yang menimpa lelaki itu bukan perkara baharu kerana ramai peniaga lebih mengutamakan warga Singapura kerana lebih menguntungkan.
“Peniaga JB memang sasar orang Singpura. Mereka bayar pakai dollar, lagi untung.
“Kawasan situ cuci Myvi pun dah kena RM25,” katanya.